Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran merupakan salah satu daripada 10 latihan separa perubatan bertaraf diploma yang ditawarkan oleh KKM. Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ini boleh dipohon oleh lelaki mahupun wanita. Jom kita kenali kerjaya dalam kategori separa perubatan ini dengan lebih mendalam..

Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Apa itu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran?

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) juga pernah dikenali sebagai Inspektor Kesihatan (IK) adalah pekerja awam yang bertanggungjawab untuk menyiasat perkara-perkara atau keadaan-keadaan bahaya (hazard) kepada kesihatan dan persekitaran dalam pelbagai lokasi yang berbeza, kemudian mengambil tindakan untuk meminimumkan dan menghapuskan kebahayaan tersebut.

Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.

Kerjaya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran meliputi aspek pengawalan, pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang dalam aktiviti-aktiviti kesihatan umum seperti kawalan mutu makanan dan kawalan penyakit berjangkit serta kawalan penyakit bawaan vektor, kesihatan cara kerja, kesihatan antarabangsa, kebersihan alam sekitar dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.

Graduan yang lahir kelak diharap mempunyai pengetahuan saintifik, teknikal, kemahiran insaniah bagi membolehkan mereka memahami, menganalisis dan melaksanakan prinsip-prinsip kesihatan persekitaran yang berkaitan.

Peranan utama Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dalam kesihatan awam adalah mencegah dari berlakunya kejadian penyakit berjangkit dan mengawal apabila berlaku kejadian wabak di sesuatu kawasan.

Sumber: Diolah daripada MyPKP, Neus Kelantan.

Sejarah Kerjaya Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Sebelum merdeka, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dikenali sebagai Sanitary Inspector (SI) atau Inspector of Nuisances (IN).

Di bawah Program Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jawatan Inspektor Kesihatan (IK) pada mulanya dikenali dengan gelaran Merinyu Kesihatan (sehingga 1983), cukup penting bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negara ini, sejak sekian lama.

Pada pertengahan tahun 1999, gelaran itu ditukar kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).

Pada tahun 2005, skim PPKP dinaik taraf kepada skim bersepadu yang membolehkan mereka berpeluang dinaikkan pangkat daripada kumpulan sokongan kepada kumpulan Profesional dan Pengurusan, seperti juga yg dinikmati oleh lain-lain anggota paramedik dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Manakala, Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) pula merujuk kepada mana-mana Inspektor Kesihatan / Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang berada dalam kedudukan gred pegawai kerajaan U41/42/44 yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran.

Unit-Unit Di bawah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Berikut adalah unit-unit utama di bawah seliaan PPKP :

  1. Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP)
  2. Unit Kawalan Penyakit Berjangkit ( CDC, SURVELAN, TB/KUSTA, AIDS/STI)
  3. Unit Kawalan Penyakit Bawaan VEKTOR
  4. Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
  5. Unit Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
  6. Unit Bekalan Air & Kesihatan Alam Sekeliling (BAKAS)
  7. Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
  8. Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD : LSD & MessVip)
  9. Unit Kesihatan Antarabangsa (PMA)
  10. Unit Promosi Kesihatan (UPK)

Diploma Kesihatan Persekitaran

Dalam masa 3 tahun latihan Diploma Kesihatan Persekitaran, berikut adalah apa yg korang sebagai pelatih PPKP pelajari:

  • Latihan Teori dan Amali
  • Latihan Amali di Lapangan

Latihan-latihan teori ini merangkumi subjek sains asas, kemahiran berfikir, subjek wajib institut dan latihan spesifik bagi kerjaya PPKP.

Antara subjek yang akan korang pelajari secara khusus adalah seperti berikut:

  • Epidemiology and biostatistics (Epidemiologi, Biostatistik dan Kawalan Penyakit)
  • Environmental toxicology, health impacts and risk assessment (Toksikologi, Impak Kesihatan dan Penilaian Risiko)
  • Built environment and environmental technology (Teknolohi Persekitaran dan Bangunan)
  • Ethics, law and enforcement of appropriate legislation to protect health (Etika, Perundangan Kesihatan dan Pendakwaan)
  • Occupational safety and health (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
  • Food hygiene and safety (Kebersihan dan Keselamatan Makanan)
  • Air and water quality (Kualiti Udara dan Air)
  • Vector and pest control management (Pengurusan Pes dan Vektor)
  • Hazardous and municipal waste management (Pengurusan Sisa Pepejal dan Berbahaya)
  • Environmental hazards, disaster and emergency management (Pengurusan Persekitaran Berbahaya, Bencana dan Kecemasan)
  • Transboundary and international health issue (Kesihatan Antarabangsa)

Maklumat Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Jantina: Terbuka kepada lelaki dan perempuan
Tempoh Latihan: Selama 3 tahun

Tempat Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran:

  1. Institut Latihan KKM Sungai Buloh

Kelayakan Minimum Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :

Kepujian (6C) dalam:

  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
  • Dua (2) subjek lain

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Tugas seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Pentadbiran
  1. Menyelia dan menghantar laporan-laporan mengenai aktiviti yang dijalankan seperti pemeriksaan, penyiasatan, tindakan yang diambil dan pengawasan.
  2. Menyelia dan melatih kakitangan di bawah jagaannya.
  • Menguatkuasakan undang-undang, peraturan dan undang-undang kecil di bawah Ordinan dan Enakmen yang berkaitan dengan kesihatan umum.
  • Menyiasat dan menyediakan laporan ke atas semua kes penyakit berjangkit.
  • Memeriksa dan mengawas bahan-bahan makanan di premis-premis makanan seperti restoran, kilang, rumah sembelih dan pasar.
  • Mengawasi kebersihan alam sekitar.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan umum seperti ceramah kepada Institusi Kerajaan dan Swasta Badan-badan Sukarela.

Pengambilan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Bagi Sesi Julai 2025

Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA bertarikh 04 Februari 2025, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran bagi kemasukan sesi Julai 2025 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 150 tempat (terbuka untuk calon lelaki dan perempuan).

Ini peluang baik untuk korang. Segera mohon jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ini di dalam portal SPA9 secara online. Kami doakan korang berjaya!

Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2025

1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-semenanjung

2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah

3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Latihan Separa Perubatan? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan adalah:

Rujukan Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa ringgit saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah gila sampai tak boleh nak bawa bincang!

Rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran).

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan Ni?

Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main Genshin Impact

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

5) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!

Korang patut miliki segera panduan Simulasi Temuduga Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Julai 2025

SPA masih belum mengeluarkan penjadualan ujian psikometrik untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi sesi Julai 2025. Tarikh terkini yang dijadualkan masih lagi di peringkat perbincangan.

Rujukan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Adakah korang terpilih menduduki ujian psikometrik Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran kali ini?

Bagi korang yg masih lagi belum bersedia, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.

Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Ini merupakan rujukan umum. Namun, rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik SPA termasuklah ujian psikometrik Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ini.

Peringatan: Adalah lebih baik korang hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Atau,

Bagi korang yang belum gaji, duit tinggal puluh-puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah kaw-kaw!

Penutup

Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan bertaraf diploma, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.

5 thoughts on “Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran”

  1. Saya nak tanya..anak saya dah lulus jawab online…sekarang nak jawab temuduga ..saya xnak beli bahagia A..berapa yg saya perlu bayar..tq

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!