Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray
Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray merupakan salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM. Jom kenali kerjaya dalam kategori separa perubatan ini.. Apa itu Juru X-Ray? Secara ringkas, Juru X-ray atau Radiographer (RG) adalah seorang anggota profesional kesihatan bersekutu yang menggunakan X-ray untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis seseorang pesakit. Juru X-ray menggunakan pelbagai jenis mesin X-ray untuk menghasilkan imej, antaranya ialah mesin radiografi am, imbasan CT, MRI dan fluoroskopi. Nota penting: Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Gabungan 10 Latihan Bertaraf Diploma untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan