Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray

Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray merupakan salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM. Jom kenali kerjaya dalam kategori separa perubatan ini..

Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray

Apa itu Juru X-Ray?

Secara ringkas, Juru X-ray atau Radiographer (RG) adalah seorang anggota profesional kesihatan bersekutu yang menggunakan X-ray untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis seseorang pesakit. Juru X-ray menggunakan pelbagai jenis mesin X-ray untuk menghasilkan imej, antaranya ialah mesin radiografi am, imbasan CT, MRI dan fluoroskopi.

Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.

Sementara itu, bagi korang yg berjaya dipanggil ke sesi temuduga Juru X-Ray (Diagnostik) U9 utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada kali ini. Tahniah diucapkan dan persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh korang baca di contoh soalan temuduga Juru X-Ray ini.

Jawatan Juru X-Ray terbahagi kepada dua iaitu Juru X-Ray Gred U29 dan Juru X-Ray Gred U41. Oleh kerana korang akan masuk ke Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray under KKM pada peringkat diploma. So selepas tamat belajar, korang akan dilantik ke jawatan Juru X-Ray Gred U29.

Sumber: Diolah daripada AlliedHealth, KKM

Tugas seorang Juru X-Ray adalah mendiagnosis penyakit. Dengan erti kata lain, menyiasat sama ada terdapat penyakit pada bahagian tubuh badan pesakit. Contohnya pada bahagian perut, dada dan kepala. Juga memeriksa sekiranya berlaku kepatahan terhadap anggota badan.

Bolehlah disimpulkan sinar X digunakan untuk mengesan keabnormalan yang terdapat di dalam tubuh badan pesakit. Kerja ini dilakukan mengikut mengikut arahan/permintaan dari doktor.

Cabang Bidang Dalam Kerjaya Juru X-Ray

Juru-ray dibahagikan kepada 2 bahagian atau kepakaran iaitu Diagnostik dan Terapi. Implementasi adalah sama. Tetapi perlaksanaan kepada mesin adalah berbeza-beza.

Juru x-ray Diagnostik

  • General x-ray
  • Fluoroskopi
  • X-ray Mudahalih
  • Angiografi
  • CT scan
  • Magnetic Resonance Imaging (MRI)
  • Mammografi

Juru x-ray Terapi

  • LINAC (linear accelarator)
  • Gamma Camera

Apa yang penting, pengamalan dan etika dalam mengendalikan alatan sinaran bagi memastikan pesakit yang didedahkan dengan Sinar X selamat.

Jenis-Jenis X-Ray atau Sinar-X

X-Ray atau Sinar X berbahaya kepada manusia kerana ia akan mematikan sel-sel di dalam badan. Disebabkan itu, X-Ray dibuat hanya bila benar-benar perlu sahaja.

Antara jenis X-Ray termasuklah:

1) General x-ray

General x-ray adalah modaliti yang paling umum dan semua pusat kesihatan dan hospital yang mempunyai jabatan radiologi mempunyai unit ini. Ia adalah alatan asas bagi sesebuah jabatan radiologi, ia mampu membuat pengimejan bagi bahagian Kepala, tulang belakang, abdomen, anggota atas badan dan anggota bawah badan.

2) Fluoroskopi

Modaliti fluoroskopi adalah modaliti yang hampir sama seperti general x-ray tetapi perbezaannya adalah ia adalah dynamic studies modalities. Ia dinamakan sedemikian kerana imej yang dilihat dan dirakam adalah imej on-time, dengan demikian pakar perubatan dapat membuat keputusan dan diagnosis dengan tepat tentang penyakit yang dihadapi oleh pesakit.

3) Mammografi,

Mamografi ialah pemeriksaan X-Ray ke atas payudara. Pemeriksaan ini dilakukan sebagai salah satu langkah pengesanan awal bagi kanser payudara.  Doktor yang merawat pesakit juga mungkin akan memohon pemeriksaan ini sekiranya pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit yang berkaitan dengan payudara seperti ketumbuhan (Lump), kesakitan payudara (breast pain), nipple discharge dan changes of the nipple.

4) Intravena Urography(IVU),

IVU adalah prosedur yang menggunakan Sinar-X dengan penggunaan agen kontras media bagi mengkaji serta melihat abnormaliti sistem pundi kencing. Ia memakan masa antara 45 minit hingga 1 jam, jika terdapat sebarang abnormaliti masa pemeriksaan boleh berlanjutan sehingga ke 4 jam. IVU adalah pemeriksaan yang selamat dan kerap kali dijalankan. Risikonya adalah alahan pada agen kontras media sahaja.

5) Magnectic Rensonance Imaging (MRI)

Magnetic Resonance Imaging (MRI) adalah modaliti yang tidak menggunakan X-Ray untuk menghasilkan imej, ia menggunakan medan magnet untuk menghasilkan imej, semasa pemeriksaan dijalankan pesakit akan merasai bunyi bising untuk berberapa minit bergantung kepada jenis pemeriksaan yang dijalankan.

Sebagai langkah penjagaan pesakit, sebelum memulakan pemeriksaan, telinga pesakit akan diletakkan dengan headphone bagi memastikan bunyi bising tidak terlalu kuat diterima oleh pesakit. Bagi pesakit seperti kanak-kanak dan orang tua serta yang takut masuk ke dalam terowong kecil, sedasi akan diberikan bagi memastikan semasa pemeriksaan dijalankan mereka tidak bergerak, sekiranya berlaku pergerakkan, pemeriksaan perlu diulang semula atau tidak dapat diteruskan.

6) Computer TOmmography (CT-scan)

CT-Scan adalah kombinasi berberapa siri X-Ray yang diambil dari berberapa siri angulasi dan imej yang diambil diproses di Komputer untuk menghasilkan imej badan manusia dalam bentuk keratan rentas, disamping itu ia juga dapat membezakan antara tulang tisu badan manusia.

Imej yang dihasilkan lebih berinformasi berbanding dengan X-Ray biasa, ini kerana imej yang dihasilkan boleh diubahsuai untuk menjadikan imej 3D. Ini menjadikan ia lebih sensitif kepada sebarang patalogi di dalam badan manusia.

7) Angiografi

Angiography (Angiografi) mempunyai persamaan dengan fluroskopi ia memberikan imej real time untuk di interpretasi. Pemeriksaan yang menggunakan alatan angiografi adalah pemeriksaan yang melibatkan pemeriksaan saluran darah seperti Angiografi cerebral (cerebral angiography), Angiografi coronari (coronary angiogram). ini kerana saluran darah mempunyai pergerakkan yang laju maka ia memerlukan mesin yang cekap dan pantas dalam merakam imej.

8) Ultrasound / Ultrabunyi

Ultrasound atau ultrabunyi adalah salah satu modaliti yang tidak menggunakan X-Ray untuk menghasilkan imej, organ di dalam badan kita mempunyai kepadatan (density). Bunyi yang dihasilkan oleh transducer Ultrasound akan terkena pada organ dalaman badan, organ yang lebih lembut akan menyerap lebih bunyi berbanding organ yang padat.

Oleh yang demikian, terdapat perbezaan pada imej yang dihasilkan, memandangkan ia tidak melibatkan X-Ray, ia selamat untuk digunakan untuk kes-kes sakit puan. Namun begitu pada masa sekarang, di kebanyakkan Pusat Perubatan, Pegawai Perubatan atau pakar Radiologi akan melakukan pemeriksaan ini.

Maklumat Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray

Jantina: Terbuka kepada lelaki dan perempuan
Tempoh Latihan: Selama 3 tahun

Tempat Latihan Juru X-Ray:

  1. Institut Latihan KKM Sungai Buloh
  2. Institut Latihan KKM Johor Bahru

Kelayakan Minimum Latihan Juru X-Ray

Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :

Kepujian (6C) dalam:

  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Biologi/Sains/Sains Gunaan);
  • Fizik; dan
  • Bahasa Inggeris

Deskripsi Tugas Juru X-Ray

Tugas seorang Juru X-Ray merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Tanggungjawab klinikal
  • Aspek pengurusan organisasi
  • Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.
  • Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS ISO 9002.
  • Pendidikan dan latihan
  • Teknologi terkini :
  1. Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital).
  2. Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.

Pengambilan Juru X-Ray (Diagnostik) Bagi Tahun 2024

Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA bertarikh 21 Disember 2023, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Juru X-Ray (Diagnostik) bagi kemasukan sesi Julai 2024 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 50 tempat.

Ini peluang baik untuk korang. Segera mohon jawatan Juru X-Ray (Diagnostik) ini di laman SPA9 secara online. Kami doakan korang berjaya!

Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024

1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH TEMU DUGA : 21 APRIL 2024 – 26 APRIL 2024

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/online/jad_td/jadual_temuduga_sp.php/calon-semenanjung/

2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : 22 APRIL 2024 – 3 MEI 2024

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah

3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : 22 APRIL 2024 – 26 APRIL 2024

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan adalah:

Rujukan Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Januari 2022

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma).

Atau pun,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan Ni?

Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main COC

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

5) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube atau Netflix!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Pertama, rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Kedua, tiada pengeposan barang berlaku. Ketiga, rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun kesemua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayaran dibuat?

Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!

Korang patut miliki segera panduan Simulasi Temuduga Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Sekali lagi ditegaskan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

PSEE Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

SPA masih lagi belum mengeluarkan penjadualan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) terkini untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Dan Latihan Juru X-Ray ini adalah salah satu daripada Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Rujukan Khas Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Bagi korang yg belum bersedia, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.

Rujukan contoh soalan peperiksaan latihan separa perubatan bertaraf diploma untuk latihan Juru X-Ray

Nota: Untuk PSEE Sesi tahun ini, rujukan exam separa perubatan versi 2020 yg dicadangkan ini boleh korang gunakan. Ianya sesuai.

Jangan bimbang, Tim Infokerjaya (pengeluar rujukan ini) dah semak dan dah buat double check beberapa kali. Ternyata rujukan versi 2020 ini masih valid dan masih sesuai untuk dijadikan rujukan exam sesi tahun ini!

Penutup

Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan bertaraf diploma, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.

3 thoughts on “Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray”

    • Saya nak apply latihan juru X-ray,sgt minat subject ni.Just tamat peperikasaan SPM dan tak da experience untuk kerja.

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!