Semakan Keputusan Temuduga Latihan Separa Perubatan 2025

Kalau korang dah lalui ujian psikometrik, hadir temuduga dengan penuh gaya, dan sekarang tengah berdebar tunggu keputusan. Relax, geng! Korang dah pun sampai ke fasa terakhir sebelum bergelar pelatih separa perubatan. Dan ya, semakan keputusan temuduga Latihan Separa Perubatan 2025 dah boleh dibuat!

Kami akan kongsikan bila dan macam mana nak semak keputusan, apa nak buat kalau berjaya, dan apa pilihan korang kalau belum berjaya. Jom kita bongkar satu-satu..

Semakan Keputusan Temuduga Latihan Separa Perubatan 2025

Kalau korang mohon untuk sesi Julai 2025, semakan keputusan temuduga dah dibuka mulai 15 Jun 2025. Jadi, jangan tunggu lama-lama. Cepat-cepat semak!

Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Nota Penting: Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.

Cara Semak Keputusan Temuduga

Langkah dia mudah je. Tak perlu panik, tak perlu buka 10 tab serentak. Ikut je langkah ni:

Ramai calon tersilap pergi ke portal SPA9, padahal semakan keputusan temuduga bukan di situ.

Yang betul: Portal rasmi SPA: https://spa.gov.my

Langkah semakan:

  • Pergi ke laman utama https://spa.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan “Semak” dan keputusan akan dipaparkan

Atau paling senang, korang klik je pautan yang kami sediakan di bawah..

Senarai keputusan temuduga Latihan Separa Perubatan 2025

Kalau berjaya, surat tawaran rasmi akan muncul dan boleh dimuat turun.

Kalau tak berjaya, sistem akan maklumkan juga. Tapi jangan risau, belum berjaya bukan bermakna gagal selamanya.

Kalau korang Berjaya..

Tahniah! korang bakal jadi pelatih separa perubatan tajaan KKM. Tapi sebelum korang update status “Alhamdulillah, rezeki tak salah alamat”, pastikan korang:

  • Cetak surat tawaran
  • Baca semua arahan dalam surat tu
  • Sediakan dokumen penting: IC, sijil SPM, surat kesihatan, gambar passport, dan lain-lain
  • Bersedia untuk lapor diri ikut tarikh dan lokasi yang ditetapkan

Dan jangan lupa, korang akan terima elaun bulanan sepanjang latihan, jadi urus kewangan dengan bijak dari awal.

Kalau Belum Berjaya..

Takpe. Tarik nafas. korang dah sampai ke peringkat temuduga, itu pun satu pencapaian besar. Ramai yang tak lepas pun ujian psikometrik.

Jadi, apa pilihan korang sekarang?

  1. Mohon semula sesi akan datang

Sesi Januari 2026 akan dibuka sekitar Oktober – November 2025. Tandakan kalendar siap-siap!

  1. Kemas kini permohonan SPA9

Pastikan maklumat korang lengkap, terkini, dan pilih bidang yang sesuai dengan kelayakan.

  1. Kumpul pengalaman

Kalau boleh, kerja sementara dalam bidang kesihatan atau sukarelawan. Ini boleh bantu naikkan markah temuduga nanti.

  1. Sertai bengkel persediaan

Latihan psikometrik, mock interview, dan tip temuduga. Semua ni boleh bantu korang lebih bersedia.

Selain 4 perkara di atas, korang juga boleh dapatkan dan baca Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan di bawah untuk persediaan awal.

Disusun khas oleh AtokPencen.com untuk bantu korang bersedia dari A sampai Z dengan skrip jawapan, contoh soalan sebenar, checklist dokumen, teknik komunikasi, dan bonus latihan keyakinan.

Dengan harga promosi RM10, korang akan dapat lebih 60 muka surat panduan padat, praktikal dan mudah faham.

Kalau korang betul-betul nak lulus, ini pelaburan paling bijak untuk masa depan. Klik di bawah untuk tempah sekarang dan mula bersedia hari ini!

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan

Kata-kata Hikmah

Kadang-kadang, rezeki kita lambat sikit sebab Allah nak bagi yang lebih baik. Yang penting, jangan putus asa. Kalau korang betul-betul minat bidang kesihatan, teruskan usaha. Ramai pelatih berjaya selepas percubaan kedua atau ketiga. Yang penting, korang belajar dari pengalaman.

Bagi korang yang nak buat persediaan awal untuk ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan. Boleh baca panduan di bawah ni..

Panduan Lulus Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan

Kalau korang mohon Latihan Separa Perubatan melalui SPA, first thing mmg kena duduk ujian psikometrik.

Dan ketahuilah bahawa ujian psikometrik ni bukan sekadar formaliti. Ia adalah tapisan sebenar yang menentukan sama ada korang mara ke temuduga atau tidak.

Ramai calon yang layak dari segi akademik terhenti di sini, bukan kerana mereka tidak bijak, tetapi kerana mereka tidak bersedia. Jangan biarkan usaha korang setakat klik “Mohon” di SPA9. Persediaan korang hari ini boleh jadi penentu masa depan korang esok.

Ebook Panduan Lulus Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan ini bukan sekadar buku. Ia adalah teman belajar, cermin nilai diri, dan senjata rahsia korang untuk menembusi tapisan paling awal.

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan

Dengan latihan sebenar, strategi menjawab, dan refleksi personaliti, korang bukan sahaja menjawab dengan yakin, tetapi juga memahami apa yang SPA benar-benar cari. Jika korang betul-betul mahu berjaya, ini masanya untuk bertindak. Jangan tunggu sehingga peluang itu berlalu.

Oleh itu, diharapkan bagi mereka yang berminat untuk belajar latihan separa perubatan ini sentiasa memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat. Aamin..

Berminat mengikuti latihan separa perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia tahun ini? Untuk korang yang nak mohon separa perubatan, baca cara Permohonan Latihan Separa Perubatan 2025 ni.

Leave a Comment

error: Content is protected !!