Korang dipanggil ke sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah)? Syabas diucapkan. Kerana bukan semua orang berpeluang dipanggil ke sesi iv separa perubatan ni. Cuma masalahnya sekarang ialah – korang masih lagi tak pasti apa nak prepare utk iv ni? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yg bagus?
Table of Contents
Gagal dalam sesi temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan ‘membunuh’ peluang korang untuk diserap masuk ke dalam Latihan Separa Perubatan di bawah KKM . Gagal temuduga Latihan Separa Perubatan ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Akak Juru X-Ray’ manis menawan yg menjadi igauan ramai pemuda. Atau ‘meranapkan’ impian korang untuk bergelar ‘Abg Juru Teknologi Makmal Perubatan’ yang hensem gila..
Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Khas utk korang yg dah berjaya dipanggil sesi temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) sesi Julai 2024 untuk ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 17 Mac 2024 – 22 Mac 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 18 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 25 Mac 2024 – 28 Mac 2024 ini (untuk calon Sabah) ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) ini.
Bagi korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam Sesi Julai 2024 utk ambilan di ILKKM yg dijadualkan pada 17 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 18 Mac 2024 – 20 Mac 2024 (untuk calon Sarawak) atau pada 25 Mac 2024 – 28 Mac 2024 (untuk calon Sabah) ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi ke iv boleh diperolehi di soalan temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam.
Manakala, utk calon yang dipanggil ke sesi temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Sesi Julai 2024 ambilan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) pada 17 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 18 Mac 2024 – 19 Mac 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 25 Mac 2024 – 28 Mac 2024 ini (untuk calon Sabah). Bahan-bahan persediaan temuduga yg lebih lengkap boleh dibaca di soalan temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian.
Permohonan Mengikuti Latihan Separa Perubatan
Sekiranya korang ingin mengikuti Latihan Separa Perubatan di kementerian Kesihatan Malaysia, permohonan hendaklah dilakukan secara online. Pemohon dikehendaki mengisi borang SPA9 melalui Portal SPA. Permohonan Latihan Separa Perubatan adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya/online.
Tempoh sahlaku permohonanan
Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan (mana-mana Latihan Separa Perubatan) adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan SPA9 apabila tempoh sahlaku tersebut telah luput.
Semakan penjadualan temuduga
MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA
1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (CALON SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
TARIKH TEMU DUGA : 21 April 2024 – 26 April 2024
Pautan Alternatif:
2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (CALON SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
TARIKH TEMU DUGA : 22 April 2024 – 3 Mei 2024
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah
3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (CALON SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
TARIKH TEMU DUGA : 22 April 2024 – 26 April 2024
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak
Portal SPA :
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga
Semakan Keputusan temuduga Sesi Januari 2024
MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA BOLEH DISEMAK MELALUI PAUTAN BERIKUT:
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2024
(Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenanjung))
Persaingan Kemasukan Ke Latihan Separa Perubatan
Panggilan ke temuduga kemasukan Latihan Separa Perubatan ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!
Ini kerana, tidak lain dan tidak bukan, sesi temuduga Latihan Separa Perubatan lah yang akan menjadi medan utama pembuangan calon!
Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,
Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga Latihan Separa Perubatan yang mantap! – pesanan latihanseparaperubatan.com
Kami tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.
Sebelum ke contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.
Kadar Elaun Latihan Separa Perubatan
Sepanjang pengajian korang selama 3 tahun (6 semester) di bawah KKM, korang akan menerima kadar elaun bulanan di bawah :
RM835.57 sebulan
*Di samping elaun-elaun tahunan lain yang layak diterima.
Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan (berkaitan jabatan / kementerian)
Seperti biasa calon-calon yang lulus temuduga kemasukan Latihan Separa Perubatan akan ditempatkan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Korang wajib study jabatan yang ada di KKM.
Soalan mengenai jabatan-jabatan under KKM dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu. Misalnya – Siapa Pegarah Kesihatan Selangor?
Basically, kami nasihatkan calon untuk hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.
Contoh Soalan Bonus Temuduga Latihan Separa Perubatan
Kenapa awak mohon jawatan Penolong Pegawai Farmasi ni?
Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan.
Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana:
‘Lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya’.
Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan Latihan Separa Perubatan yang korang dipanggil dan jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang calon Latihan Separa Perubatan yang berkaliber. – pesanan latihanseparaperubatan.com
Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan
Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.
Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga. Tidak kira, temuduga untuk jawatan di sektor kerajaan mahupun bidang swasta.
Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). – latihanseparaperubatan.com
Tekankan aspek akademik dan aspek pengalaman kerja agar korang kelihatan sesuai dan ngam di serap masuk ke dalam Latihan Separa Perubatan.
TAPI, pastikan korang tak terlebih goreng. Sekitar 2 hingga 3 minit adalah tempoh masa yang sesuai. Andai lebih daripada tempoh itu, ia akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.
Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Jurupulih Perubatan Cara Kerja?
Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Latihan Separa Perubatan yg korang ditawarkan. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan tersebut.
Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan Juruteknologi Pergigian ini?
Sekiranya korang bernasib baik, korang mungkin akan disoal dengan soalan ini. Ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik korang untuk menonjolkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran sedia ada korang kemudian sesuaikan dengan jawatan Latihan Separa Perubatan. Dalam contoh soalan di atas, korang kaitkan dengan Juruteknologi Pergigian.
Korang perlu kreatif dalam menjawab contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan di atas. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.
Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan (soalan popular)
Peringatan: Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang kami beri di bawah hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.
- Boleh perkenalkan diri awak.
- Awak kerja mana sebelum ni?
- Gaji bagus tu. Kenapa awak tak teruskan?
- Apa kelebihan awak untuk diserap ke dalam latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi ni?
- Apa tugas utama seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran?
- Hmm.. Awak graduan Universiti X. Apa yang awak belajar di sana dan kaitannya dgn tugas sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian?
- Apa tema kemerdekaan tahun ini ya? Ingat tak?
- Ingat kan Rukun negara? Boleh sebutkan rukun negara kelima?
- Apa beza Raja dengan Agong?
- Kenapa nak jadi jururawat?
- Apa pasal pilih juruteknologi makmal perubatan? Kan byk lagi jawatan separa lain.
- Apa sebab nak keja sebagai juru x-ray? Tak bahaya ke selalu terdedah dengan sinaran?
- Apa yang penolong pegawai perubatan buat sebenarnya?
- Tugas penolong pegawai kesihatan persekitaran ni apa dia?
- Dalam Belanjawan 2024, pada pendapat awak apakah rangsangan yang paling menarik? Kenapa?
- Penolong pegawai farmasi memang duduk dalam bilik ubat je ker?
- Berapakah tekanan darah normal?
- Awak rasa ASEAN masih releven?
- Awak sanggup ke kalau dihantar ke kawasan Sarawak?
- Sanggup kerja lebih masa?
- Kerja ni banyak tekanan, so awak boleh kerja di bawah tekanan?
- Ada apa-apa soalan?
Sebaik-baiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan-soalan temuduga Latihan Separa Perubatan di atas. Manalah tahu kalau ada antara soalan di atas yg kebetulan naik masa korang temuduga nanti.
Kata orang; untung sabut, timbul..
Tapi apa yang paling korang perlukan sebenarnya ialah rujukan di bawah.
Untuk persediaan yang lebih rapi bagi menghadapi soalan-soalan temuduga latihan separa perubatan, sila dapatkan rujukan berikut..
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan
Dah bersedia untuk temuduga kemasukan Latihan Separa Perubatan? Ianya adalah salah satu peluang terbaik korang. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan adalah:
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan di atas ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan).
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan disumbangkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa, peperangan serta pelarian di dalam dan luar negara.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Paling tidak sekalipun, korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan bagi menghadiri temuduga latihan separa perubatan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah ok. Korang kaki game kan? Takut masa main game korang terganggu? Tiada masalah. Korang grab jer rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa temuduga je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
5) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu pun dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare utk temuduga!
Korang patut miliki segera panduan Simulasi Temuduga Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan ini.
Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga Latihan Separa Perubatan itu nanti dengan baik!