Korang dipanggil ke ujian psikometrik latihan separa perubatan untuk kemasukan sesi Januari 2025 di pusat-pusat latihan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang dijadualkan diadakan pada 17 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung)? Jangan bimbang! Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian psikometrik latihan separa perubatan utk kemudahan rujukan korang sebelum hadir ke ujian psikometrik pada kali ini.
Isi Kandungan
Ujian psikometrik latihan separa perubatan ini korang kena duduki dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus ujian psikometrik ini maka barulah korang berpeluang untuk dipanggil ke sesi temuduga latihan separa perubatan.
Nota Penting: Istimewa untuk korang yg baru sahaja mendapat panggilan ke ujian psikometrik Jururawat Gred U29 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 Mei 2024 ini. Alhamdulillah. Peluang jangan disia-siakan. Buat persediaan yg terpaling padu! Bahan-bahan ulangkaji serta contoh soalan psikometrik jururawat boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat Gred U29.
Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.
Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2023 pada 07 Mei 2023 – 12 Mei 2023 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 15 Mei 2023 – 19 Mei 2023 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 15 Mei 2023 – 26 Mei 2023 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.
Kekosongan Jawatan Latihan Separa Perubatan Sesi Januari Tahun 2025
SPA baru sahaja mengumumkan iklan untuk pengambilan latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil bagi sesi Januari 2025 pada 17 Julai 2024 lalu.
Berdasarkan iklan berkenaan, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil untuk sesi Januari 2025 secara keseluruhan ialah sebanyak 2 560 tempat.
Pecahan kekosongan latihan separa perubatan adalah seperti berikut:
Pengambilan latihan separa perubatan bertaraf Diploma
Jururawat – 200 (lelaki) / 800 (perempuan)
Jururawat (PSL) – 400 (perempuan)
Penolong Pegawai Perubatan – 285 (lelaki) / 115 (perempuan)
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran – 110 (lelaki) / 40 (perempuan)
Juruteknologi Makmal Perubatan – 130 orang
Penolong Pegawai Farmasi – 50 orang
Juru X-Ray (Diagnostik) – 40 orang
Jurupulih Perubatan Carakerja – 75 orang
Jurupulih Perubatan Fisioterapi – 65 orang
Pengambilan latihan separa perubatan bertaraf sijil
Pembantu Kesihatan Awam – 150 orang (Lelaki)
Pembantu Pembedahan Pergigian – 100 orang
Ini adalah satu peluang keemasan untuk korang. Jangan lupa masukan jawatan-jawatan yang disenaraikan ini dalam SPA9 korang. Mana tahu dapat kan..
Penjadualan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
- LATIHAN SEPARA PERUBATAN (GABUNGAN 8 LATIHAN BERTARAF DIPLOMA) (SEMENANJUNG)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[ Tarikh PSEE: 14 Okt 2024]
- LATIHAN SEPARA PERUBATAN (GABUNGAN 8 LATIHAN BERTARAF DIPLOMA) (SABAH)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[ Tarikh PSEE: 17 Okt 2024]
- LATIHAN SEPARA PERUBATAN (GABUNGAN 8 LATIHAN BERTARAF DIPLOMA) (SARAWAK)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[ Tarikh PSEE: 17 Okt 2024]
Psikometrik Ni Apa?
Psychometrics is a field of study concerned with the theory and technique of psychological measurement – Wikipedia.
Bidang psikometrik adalah berfokus pada pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, sifat keperibadian, dan pencapaian pendidikan.
Konsep asas dlm teori ujian klasikal psikometrik adalah kebolehpercayaan dan kesahihan. Alat ukur yg mempunyai kebolehpercayaan melakukan pengukuran dengan konsisten, sementara ukuran yang sah adalah yang mengukur apa yang akan diukur.
Sesetengah penyelidik psikometrik memberi tumpuan kepada pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penghakiman, dan ujian keperibadian.
Apakah Pula Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Ni?
Dlm konteks negara kita, ujian psikometrik dijadikan salah satu daripada tapisan kemasukan ke sektor awam. Bagi mengasingkan calon-calon yg sesuai untuk satu-satu jawatan. Dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu dlm kerajaan.
Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang satu-satu jawatan dlm sektor awam di Malaysia (termasuk kemasukan ke latihan separa perubatan ni).
Proses penapisan ini adalah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Berikut dikongsikan beberapa contoh soalan ujian psikometrik latihan separa perubatan utk memudahkan pemahaman korang.
17 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan
1) Boleh dikatakan saya agak selalu juga menghadapi masalah menguruskan kewangan.
A. Betul
B. Salah
2) Saya lebih banyak mendengar pandangan orang lain, daripada mengeluarkan pendapat peribadi.
A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah
3) Saya berasa geram apabila rakan sekerja diberi penilaian cemerlang sedangkan saya fikir saya lebih baik daripadanya.
a. Setuju
b. Tidak Setuju
4) Saya merasa kasihan terhadap sahabat yang menghadapi kegagalan.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Saya berasa amat sukar mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang negatif di tempat kerja.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya sedaya-upaya buat-buat tidak tahu jika kawan saya mengalami kekecewaan. Nanti orang cakap saya jaga tepi kain orang pula.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya lebih selesa memendam perasaan berbanding meluahkan kepada rakan-rakan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya berikrar utk membuktikan pendapat saya adalah betul sepanjang masa.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Saya masih boleh berbaik-baik dengan kenalan yang tidak berpegang pada janji.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Peribahasa ‘Takut di hujung bedil, lari ke pangkalnya’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus
A. Ya
B. Tidak
12. Saya tidak perlu mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah
Ya
Tidak
13. Saya menerima alasan daripada rakan yang tidak menepati janji
Ya
Tidak
14. Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian
Benar
Salah
15. Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah bertanya kepada orang lain
Benar
Salah
16) Dari nombor 21 hingga nombor 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25
B. 35
c. 115
D. 125
17) Berapa kali putaran jarum saat dalam tempoh 3 jam?
A. 180
B. 150
C. 120
D. 60
Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?
Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan ‘kadang-kadang’ turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yang melibatkan pengiraan. Sila ambil perhatian – perkataan ‘kadang-kadang’ di situ. Boleh jadi ada, boleh jadi juga tiada.
Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi). Bagi yang memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai hal ini, sila baca contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type) ini.
Update terkini : Bermula tahun 2020, pihak SPA sudah tidak memasukkan lagi soalan berbentuk pengiraan dalam ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan. Ini memang suatu kelegaan buat korang..
Selain itu, bagi yang mahukan tips yang lebih lengkap mengenai cara-cara menjawab ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan ini. Termasuk 200 contoh soalan, skema jawapan dan nota-nota padat. Boleh dapatkan versi penuh rujukan psikometrik Latihan Separa Perubatan.
Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan
Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik latihan separa perubatan. Semoga berkongsian kali ini boleh membantu sedikit sebanyak persiapan korang menghadapi ujian online yang akan korang duduki kelak.
Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik latihan separa perubatan
Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.
Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:
- bising
- panas
- laluan orang
- liputan internet kurang baik
Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang korang terjejas.
Selami Sikap Baik Diri Sendiri
Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman korang. Bunyi macam takda apa kan?
Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik latihan separa perubatan, korang dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.
Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.
Nampak? Korang dah mula keliru kan..
Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik latihan separa perubatan ini memang direka khas utk mengelirukan musuh!
Tidak seperti peperiksaan online yang lain, korang perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.
Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.
Awasi personaliti dan keperibadian korang. Kerana – kebiasaan, tabiat dan perangai diri amat mempengaruhi apa yang bakal korang jawab sewaktu ujian psikometrik ini.
Mari kami berikan satu contoh supaya korang faham apa yang dimaksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.
Saya agak kerap didenda semasa zaman sekolah dahulu..
A) BETUL
B) SALAH
C) TIDAK PASTI
So.. nak pilih yang mana? Pada dasarnya korang boleh pilih mana-mana satu di antara ketiga-tiga pilihan jawapan yg diberi. Boleh YA, boleh TIDAK dan boleh TIDAK PASTI. Tiada masalah. Dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.
SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan korang.
Serem tak? Haha..
OK berbalik kepada soalan di atas, utk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.
Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.
Nampak tak, permainannya di situ!
Nak lagi banyak contoh soalan Ujian Psikometrik latihan separa perubatan? Nak sekali nagn jawapan serta nota ujian psikometrik yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.
Ketekalan Dalam Menjawab Soalan Ujian Psikometrik latihan separa perubatan
Saya percaya korang sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.
Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!
Jika korang lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikometrik latihan separa perubatan ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.
Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!
Hal ini memang mereka sengajakan.
Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.
Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?
Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad berbanding jumlah soalan yg amat banyak!
Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.
Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!
Jadi ketekalan korang hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!
Berita yang paling tidak baik ialah perangkap dalam soalan-soalan ujian psikometrik latihan separa perubatan tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar utk dikesan!
Rujukan tambahan : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pereka B19 / B29 / B41
Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik latihan separa perubatan?
Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik latihan separa perubatan?
Jawapannya – buat latih tubi.
Sebab itulah korang amat perlukan rujukan ujian psikometrik di bawah sebelum menduduki ujian psikometrik ini..
Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan latihan separa perubatan. Ini merupakan rujukan umum. Namun, rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik SPA termasuklah ujian psikometrik latihan separa perubatan ini.
Peringatan: Adalah lebih baik korang hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!
Atau,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Umum Psikometrik Ni?
Ada enam sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan umum psikometrik ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Sebab nombor 3 tu paling win sekali!
1) Korang jadi insan mulia
Sebagai makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan psikometrik ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, andai korang gagal sekalipun dalam sesi ujian psikometrik latihan separa perubatan, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yang sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan belas ihsan korang pada saat ini.
2) Hati jadi riang gembira
Nota ringkas & padat dlm rujukan psikometrik ni akan menjimatkan tenaga korang. Tidak perlu berlari seluruh Internet mencari bahan utk menghadiri psikometrik yang betul. Tidak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main ML
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Korang grab jer rujukan umum psikometrik (yang sesuai digunakan oleh calon ujian psikometrik latihan separa perubatan ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa ujian psikometrik je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jom.. streaming sampai pagi!
4) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan psikometrik dan skema jawapan yang diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar ujian psikometrik. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi format soalan psikometrik yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan psikometrik kerajaan. Semenjak ujian psikometrik masih bertulis dan berpusat lagi. Pada ketika itu masih dikenali sebagai ujian sahsiah dan minat!
5) Boleh simpan duit lebih (utk kawin)
Rujukan ujian psikometrik ni murah giler. Cuma RM40 sahaja untuk pakej basic. Pakej basic ini sebenarnya sudah memadai utk kegunaan korang. Oh.. ya, apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sangat pun. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
6) Dan lagi hawau..
Disebabkan kemurahan rujukan ujian psikometrik ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yang ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
7) Huraian jawapan disediakan
Feature terbaru utk rujukan psikometrik versi 2024! Tidak seperti tahun-tahun sudah, pada kali ini huraian jawapan disediakan. Ini bagi memantapkan lagi kefahaman calon berkenaan kehendak soalan ujian psikometrik. Contoh huraian jawapan ini, boleh lihat sedikit di bawah..
Sempat ke pos buku Psikometrik ni?
Rujukan ujian psikometrik ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni). Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan diberikan akses ke laman download utk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama tu baru leh dapat rujukan psikometrik ni pas bayar?
Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam (kalau korang beli menggunakan FPX (via billplz) / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.
Lagi pun..
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.
Jadi dapatkan segera rujukan contoh soalan Ujian Psikometrik latihan separa perubatan ini sebelum jualan ditutup!
Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik latihan separa perubatan
Apakah kriteria penilaian dalam Ujian Psikometrik latihan separa perubatan?
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya dalam ujian psikometrik latihan separa perubatan. Kaedah ini sama dengan proses temuduga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan.
Manakala, ujian psikometrik latihan separa perubatan meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
Adakah Ujian Psikometrik latihan separa perubatan mempunyai status lulus dan gagal?
Oleh kerana bilangan calon yang memohon latihan separa perubatan adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik latihan separa perubatan juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temuduga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan latihan separa perubatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temuduga.
Contohnya jika kekosongan ialah 30, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temuduga latihan separa perubatan adalah 300 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.
Penutup
Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan ujian psikometrik latihan separa perubatan dan selamat menduduki ujian psikometrik SPA diucapkan!