Assalamualaikum dan hai semua calon Separa Perubatan 2025! Kalau korang sedang baca artikel ini, besar kemungkinan korang baru sahaja selesai menjawab ujian psikometrik SPA atau mungkin sedang berdebar menunggu semakan keputusan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan 2025. Betul tak?
Isi Kandungan
Tenang.. tarik nafas dulu. Kita tahu perasaan tu macam mana.
Lepas jawab ratusan soalan tentang personaliti, nilai, dan sikap dalam masa yang agak mencabar mesti korang tertanya-tanya: “Aku lulus ke tak ni?”
Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Nota Penting: Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.
Jadi dalam artikel ni, kita akan bincang tentang:
- Cara rasmi semak keputusan psikometrik SPA
- Apa maksud kalau nama korang tiada dalam senarai
- Apa nak buat kalau lulus (dan kalau belum berjaya)
- Dan paling penting, apa langkah seterusnya
Bila & Di Mana Nak Semak?
Mulai tahun 2024 dan seterusnya, keputusan ujian psikometrik tidak lagi diumumkan melalui emel atau SMS sahaja. Kini, semakan dibuat secara rasmi melalui:
- Portal SPA → https://spa.gov.my
- Klik menu Semakan Online
- Pilih Senarai Keputusan Penilaian PSEE
- Masukkan nombor kad pengenalan korang
- PSEE = Penilaian Secara Elektronik, termasuk ujian psikometrik dan peperiksaan online SPA
Atau paling senang, korang semak je menggunakan pautan yang kami sediakan di bawah..
Apa Yang korang Akan Lihat?
Jika korang lulus, nama korang akan tersenarai bersama maklumat seperti:
- Jawatan yang korang mohon (contoh: Latihan Separa Perubatan – Jururawat)
- Status: Berjaya untuk ke peringkat seterusnya
- Tarikh dan lokasi temuduga
Jika korang tidak lulus, nama korang tidak akan tersenarai. Tiada notis rasmi akan diberikan.
“Nama Saya Tak Ada Dalam Senarai. Maksudnya Saya Gagal Ke?”
Secara jujur, ya. Tapi jangan terus kecewa.
Ujian psikometrik ini memang tapisan awal yang sangat ketat.
SPA terima ribuan permohonan, dan hanya calon yang benar-benar sesuai dari segi nilai, sikap, dan konsistensi akan mara ke peringkat seterusnya.
Tapi gagal sekali tak bermakna korang gagal selamanya.
Ramai calon yang berjaya selepas percubaan kedua atau ketiga. Dengan syarat mereka belajar daripada kesilapan dan buat persediaan yang lebih baik.
Pautan Semakan Keputusan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan 2025
- JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U5
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
Kalau Lulus, Apa Langkah Seterusnya?
Tahniah! Kalau korang dipanggil ke temuduga, itu bermakna korang telah melepasi tapisan psikometrik. Tapi jangan terlalu selesa kerana temuduga Separa Perubatan juga mencabar.
Antara perkara yang korang perlu bersedia:
- Soalan berkaitan kerjaya dan minat korang
- Pengetahuan asas tentang bidang yang korang mohon
- Nilai dan etika penjawat awam
- Cara korang berkomunikasi dan mengurus tekanan
Tip Tambahan: Dapatkan eBook temuduga Separa Perubatan untuk bantu korang bersedia dengan skrip jawapan, contoh soalan, dan teknik menjawab yang meyakinkan.
Kalau Belum Berjaya, Apa Patut Saya Buat?
Jangan putus asa. Ini beberapa langkah yang korang boleh ambil:
- Refleksi Diri
Tanya diri korang: Adakah saya jawab dengan jujur dan konsisten? Adakah saya faham nilai yang SPA cari? - Ulangkaji Semula
Gunakan panduan seperti eBook Lulus Ujian Psikometrik Separa Perubatan untuk faham strategi sebenar menjawab. - Mohon Semula Bila Dibuka
Permohonan SPA dibuka beberapa kali setahun. Pastikan korang sentiasa kemas kini akaun SPA9 dan mohon semula bila ada peluang. - Tingkatkan Diri
Sertai kursus pendek, program sukarelawan, atau aktiviti berkaitan kesihatan untuk tambah nilai diri korang.
Akhir Kata
Ujian psikometrik bukan sekadar “soalan suka atau tak suka kerja berkumpulan.” Ia adalah cermin kepada siapa korang sebenarnya dan sejauh mana korang sesuai untuk menjadi sebahagian daripada sistem kesihatan negara.
Kalau korang lulus, tahniah! Gunakan peluang ini sebaiknya.
Kalau belum berjaya, jangan anggap ini pengakhiran. Ia cuma satu hentian sementara dalam perjalanan korang.
Yang penting, terus belajar, terus mencuba, dan terus percaya pada diri sendiri.
Kerjaya dalam bidang separa perubatan bukan untuk yang sempurn tetapi untuk yang bersungguh-sungguh.
Nak bersedia lebih awal untuk ujian psikometrik seterusnya?
Panduan Lulus Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan
Kalau korang mohon Latihan Separa Perubatan melalui SPA, first thing mmg kena duduk ujian psikometrik.
Dan ketahuilah bahawa ujian psikometrik ni bukan sekadar formaliti. Ia adalah tapisan sebenar yang menentukan sama ada korang mara ke temuduga atau tidak.
Ramai calon yang layak dari segi akademik terhenti di sini, bukan kerana mereka tidak bijak, tetapi kerana mereka tidak bersedia. Jangan biarkan usaha korang setakat klik “Mohon” di SPA9. Persediaan korang hari ini boleh jadi penentu masa depan korang esok.
Ebook Panduan Lulus Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan ini bukan sekadar buku. Ia adalah teman belajar, cermin nilai diri, dan senjata rahsia korang untuk menembusi tapisan paling awal.
Dengan latihan sebenar, strategi menjawab, dan refleksi personaliti, korang bukan sahaja menjawab dengan yakin, tetapi juga memahami apa yang SPA benar-benar cari. Jika korang betul-betul mahu berjaya, ini masanya untuk bertindak. Jangan tunggu sehingga peluang itu berlalu.
Oleh itu, diharapkan bagi mereka yang berminat untuk belajar latihan separa perubatan ini sentiasa memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat. Aamin..
Berminat mengikuti latihan separa perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia tahun ini? Untuk korang yang nak mohon separa perubatan, baca cara Permohonan Latihan Separa Perubatan 2025 ni.