Semakan Tawaran Latihan Separa Perubatan 2025

Kalau korang salah seorang yang dah mohon Latihan Separa Perubatan bawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tahniah sebab korang dah buat satu keputusan yang bijak! Tapi lepas mohon, ramai calon mula tertanya-tanya: “Bila boleh semak tawaran?” atau “Macam mana nak tahu aku dapat ke tak?”

Jangan risau. Kami akan kongsikan semua info penting pasal semakan tawaran Latihan Separa Perubatan 2025, termasuk tarikh-tarikh penting, cara semak, dan apa nak buat kalau korang berjaya (atau belum berjaya… belum, bukan gagal ya!).

Semakan Tawaran Latihan Separa Perubatan 2025

Apa Itu Latihan Separa Perubatan?

Secara ringkas, Latihan Separa Perubatan ni adalah program latihan bertaraf Sijil dan Diploma yang ditawarkan oleh KKM melalui Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM). Program ni sesuai untuk lepasan SPM yang nak kerja dalam bidang kesihatan macam jururawat, penolong pegawai farmasi, juru x-ray, dan banyak lagi.

Latihan ni bukan main-main. Korang akan belajar secara teori dan praktikal, dan yang bestnya, dapat elaun bulanan sepanjang tempoh latihan. Lepas tamat, ada peluang besar untuk diserap masuk ke jawatan tetap atau kontrak dalam sektor awam.

Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Nota Penting: Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.

Tarikh-Tarikh Penting Semakan Tawaran Latihan Separa Perubatan 2025

Untuk tahun 2025, SPA umumkan dua sesi pengambilan seperti biasa:

Sesi Januari 2025

Permohonan dibuka: Oktober – November 2024
Semakan tawaran: 15 Disember 2024
Tarikh lapor diri: Awal Januari 2025

Sesi Julai 2025

Permohonan dibuka: Mac – April 2025
Semakan tawaran: 15 Jun 2025
Tarikh lapor diri: Awal Julai 2025

Kalau korang mohon sesi Julai, semakan tawaran dah dibuka mulai 15 Jun 2025. Jadi cepat-cepatlah semak!

Cara Nak Semak Tawaran

Langkah dia mudah je. Korang cuma perlu:

  • Pergi ke portal rasmi SPA: https://spa9.spa.gov.my
  • Log masuk guna ID dan kata laluan korang.
  • Klik bahagian “Semakan Tawaran”.
  • Pilih sesi pengambilan (Januari atau Julai).
  • Kalau berjaya, surat tawaran akan keluar dan boleh terus muat turun.

Kalau tak berjaya, sistem akan maklumkan juga. Tapi jangan sedih, nanti kami cerita apa nak buat.

Dah Dapat Tawaran? Ini Yang korang Kena Buat..

Kalau nama korang naik, tahniah! Tapi jangan leka. Ini beberapa benda penting korang kena settle:

  1. Datang lapor diri ikut tarikh yang ditetapkan. Jangan lambat!
  2. Cetak surat tawaran dan baca betul-betul arahan dalam tu.
  3. Sediakan dokumen penting: salinan IC, sijil SPM, surat kesihatan, gambar passport, dan lain-lain.
  4. Pastikan korang sihat fizikal dan mental. Latihan ni mencabar, tapi sangat berbaloi.

Kalau Tak Dapat, Apa Nak Buat?

Kalau semakan korang tak berjaya, jangan terus rasa kecewa. Cuba langkah ni:

  • Kumpul pengalaman kerja atau sukarelawan dalam bidang kesihatan sebab ini boleh bantu naikkan markah korang nanti semasa temuduga.
  • Mohon semula sesi akan datang (sesi Januari 2026).
  • Perbaiki/kemaskini permohonan SPA9. Pastikan maklumat lengkap dan terkini.
  • Ambil peluang tambah persediaan, macam beli panduan psikometrik atau temu duga untuk Latihan Separa Perubatan.

Jangan Tunggu Sampai Terlepas

Latihan Separa Perubatan ni bukan sekadar kursus—ia adalah permulaan kepada kerjaya yang stabil, bermakna, dan penuh peluang. Kalau korang betul-betul minat nak bantu orang dan nak kerja dalam bidang kesihatan, ini laluan yang patut korang rebut.

Jadi, semak tawaran sekarang kalau korang mohon sesi Julai 2025. Dan kalau belum mohon, tandakan kalendar untuk sesi akan datang. Rezeki tak pernah salah alamat—yang penting, usaha jangan putus.

Bagi korang yang gagal tapi nak buat persediaan awal-awal. Boleh baca ni..

Panduan Lulus Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan

Kalau korang dah mohon Latihan Separa Perubatan melalui SPA, first thing mmg kena duduk ujian psikometrik.

Dan ketahuilah bahawa ujian psikometrik ni bukan sekadar formaliti. Ia adalah tapisan sebenar yang menentukan sama ada korang mara ke temuduga atau tidak.

Ramai calon yang layak dari segi akademik terhenti di sini, bukan kerana mereka tidak bijak, tetapi kerana mereka tidak bersedia. Jangan biarkan usaha korang setakat klik “Mohon” di SPA9. Persediaan korang hari ini boleh jadi penentu masa depan korang esok.

Ebook Panduan Lulus Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan ini bukan sekadar buku. Ia adalah teman belajar, cermin nilai diri, dan senjata rahsia korang untuk menembusi tapisan paling awal.

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan

Dengan latihan sebenar, strategi menjawab, dan refleksi personaliti, korang bukan sahaja menjawab dengan yakin, tetapi juga memahami apa yang SPA benar-benar cari. Jika korang betul-betul mahu berjaya, ini masanya untuk bertindak. Jangan tunggu sehingga peluang itu berlalu.

Oleh itu, diharapkan bagi mereka yang berminat untuk belajar latihan separa perubatan ini sentiasa memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat. Aamin..

Berminat mengikuti latihan separa perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia tahun ini? Untuk korang yang nak mohon separa perubatan, baca cara Permohonan Latihan Separa Perubatan 2025 ni.

Leave a Comment

error: Content is protected !!