Kenapa ramai gila lepasan SPM memohon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan? Korang nak tahu tak kenapa? Sebab paling utama adalah kerana kelebihan-kelebih Latihan Separa Perubatan menarik yg ditawarkan. Apakah kelebihan-kelebihan Latihan Separa Perubatan tu? Ada diterangkan secara ringkas di bawah..
Table of Contents
Ambilan calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di KKM biasanya dilaksanakan sebanyak 2 kali setiap tahun iaitu pada sesi Januari dan Julai.
Sekiranya korang ingin mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, permohonan hendaklah dilakukan secara online.
Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.
Pemohon dikehendaki mengisi borang SPA9 melalui Portal SPA. Permohonan Latihan Separa Perubatan adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya/online.
Korang kena mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut jika tidak berjaya.
Senarai Program Latihan Separa Perubatan dan tempoh masa Latihan
Tempoh program Latihan Separa Perubatan ini bagi peringkat Diploma adalah selama 3 tahun dan 2 tahun pula bagi peringkat Sijil. Berikut adalah 12 senarai latihan yang ditawarkan:
Jenis-jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
- Jururawat
- Penolong Pegawai Perubatan
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Juru X-Ray
- Jurupulih Perubatan Fisioterapi
- Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Juruteknologi Makmal Perubatan
- Penolong Pegawai Farmasi
- Juruteknologi Pergigian
- Juruterapi Pergigian
Jenis-jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
6 Kelebihan Latihan Separa Perubatan
1. Untuk pengetahuan korang, elaun sara diri dan penginapan juga disediakan pada sepanjang latihan ini. Jimat duit mak bapak korang.
2. Pelatih juga tidak dikenakan yuran sepanjang menyertai program latihan ini. Pinjaman PTPTN pun tak payah ambik.
3. Pekerjaan juga telah tersedia di mana KKM. Korang akan ditempatkan di Klinik atau Hospital kerajaan untuk bekerja selepas kursus.
4. Dapat elaun-elaun khas utk pelatih separa perubatan.
Berikut adalah elaun untuk mereka yang mengikuti latihan separa perubatan:
Elaun latihan separa perubatan
Elaun | Diploma (RM) | Sijil (RM) |
Gaji Pokok | 835.37 (setiap bulan) | 755.06 (setiap bulan) |
Elaun Buku | 250.00 (sekali setahun) | 250.00 (sekali setahun) |
Elaun Perkakas | 25.00 (sekali sepanjang pengajian) | 25.00 (sekali sepanjang pengajian) |
Elaun Kertas Projek | 90.00 (sekali setahun) | 90.00 (sekali setahun) |
Elaun Jahitan Pakaian Seragam | 45.00 (sepasang) | 45.00 (sepasang) |
5. Penginapan disediakan. Korang akan tinggal di asrama yang disediakan oleh KKM sepanjang pengajian selama 3 atau 2 tahun tersebut.
6. Pakaian seragam disediakan. Korang akan dibekalkan dengan pakaian seragam. Tak payah fikir esok nak pakai apa pegi kuliah. Sarung jer uniform. Basuh tak basuh, bukan orang tahu pun. Haha..
Demikian adanya perkongsian mengenai kelebihan Latihan Separa Perubatan. Memang menarik. Cuma ada juga kekurangannya. Tapi itu kita cerita lain hari.
So, macam mana? Korang jadi tak mohon Latihan Separa Perubatan?
tumpang tanya, semasa tempoh kerja dengan kerajaan selama 4 tahun setelah tamat belajar tu, boleh ke kalau kita sambung belajar sambil bekerja?
Utk menjawab…tak boleh ye…