Latihan Separa Perubatan Pembantu Kesihatan Awam merupakan salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM. Malang sedikit, kerana jawatan ini hanya boleh dipohon oleh kaum lelaki sahaja. So, jom kita kenali kerjaya dalam kategori separa perubatan ini..
Isi Kandungan
Nota penting: Bagi korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam Sesi Januari 2026 utk ambilan di ILKKM yg dijadualkan pada 27 Okt 2025 – 29 Okt 2025 ini (utk Calon Sarawak). Bahan ulangkaji dan latih tubi ke iv boleh diperolehi di soalan temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam.
Sebelum itu, bagi korang yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam utk ambilan KKM pada 02 Oktober 2025 ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam.
Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 17 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Apa itu Pembantu Kesihatan Awam?
Pembantu Kesihatan Awam (PKA) atau Public Health Assistant (PHA) adalah kumpulan sokongan dalam bidang kesihatan dan perubatan di negara kita. Jika korang masih ingat masa kecil-kecil dulu, ada anggota kesihatan yang datang umah check darah (ambil sampel darah) untuk Denggi atau Malaria. Tak ingat?
Untuk pengetahuan korang, sampel darah yang diambil tadi oleh para Pembantu Kesihatan Awam itu akan dihantar ke makmal untuk dianalisa oleh Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP).
Ok.. Ingat tak orang yang sembur longkang atau keliling kampung dengan alat fogging (penyembur kabus) tu?
Yup.. Itulah para anggota kesihatan yang dipanggil Pembantu Kesihatan Awam (PKA).
Biasanya uniform Pembantu Kesihatan Awam ialah baju putih dengan seluar dan kasut hitam.
Kurikulum Sijil Pembantu Kesihatan Awam
Korang akan mengikuti tempoh pengajian selama 2 tahun atau 4 semester. Sepanjang tempoh itu, korang akan didedahkan dengan:
- Anatomi & Fisiologi
- Kimia
- Sains Am
- Fizik
- Mikrobiologi
- Pelupusan Kumbuhan Perlimbahan
- Kaji Parasit
- Kebersihan Makanan
- Matematik Persekitaran
- Kawalan Vektor
- Asas Kerja Binaan
- Kawalan Penyakit
- Pengenalan Kesihatan Persekitaran
- Prosedur Penguatkuasaan
- Pelupusan Sisa Pepejal
- Pendidikan Kesihatan
- Bekalan Air
- Bahasa Inggeris (Komunikasi)
Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi sijil Pembantu Kesihatan Awam, korang akan dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U1 di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Maklumat Latihan Separa Perubatan Pembantu Kesihatan Awam
Jantina: Terbuka kepada lelaki dan perempuan
Tempoh Latihan: Selama 2 tahun
Tempat Latihan PKA:
- Institut Latihan KKM Sungai Buloh, Selangor
- Institut Latihan KKM Batu Rakit, Terengganu (Pembantu Kesihatan Awam)
Kelayakan Minimum Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam
Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :
Kepujian (6C) dalam:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); serta
Serta
Lulus (7D) dalam:
- Bahasa Inggeris; dan
- Dua (2) subjek lain
Deskripsi Tugas Pembantu Kesihatan Awam
Tugas seorang Pembantu Kesihatan Awam merangkumi perkara-perkara berikut:
” Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan dalam program kebersihan alam sekeliling, kebersihan dan keselamatan makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan tugasnya dengan menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan primer (Control and Prevention & Primary Health Care Approach). “
Selain itu, Pembantu Kesihatan Awam juga membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengawalan dan pencegahan berkaitan dengan:
- Kawalan Penyakit Berjangkit
- Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)
- Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
- Keselamatan dan Kualiti Makanan
- Kesihatan Am
Iklan Pengambilan Pembantu Kesihatan Awam Bagi Sesi Januari 2026
SPA baru sahaja mengumumkan iklan latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil bagi ambilan sesi Januari tahun 2026 pada 1 Ogos 2025 lepas.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 07 Ogos 2025, Hari Khamis, Jam11.59 malam.
Berdasarkan iklan berkenaan, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil sesi Januari 2026 secara keseluruhan ialah sebanyak 3 035 tempat.
Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA ini, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Pembantu Kesihatan Awam bagi kemasukan sesi Januari 2026 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 50 tempat dengan seramai 15 orang calon simpanan.
Jawatan ini terbuka kepada pemohon lelaki sahaja. Harap maklum ya. Ini peluang baik untuk korang. Segera mohon jawatan Pembantu Kesihatan Awam ini di laman SPA9 secara online. Kami doakan korang berjaya!
Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Bagi Sesi Januari 2026
1) LATIHAN PEMBANTU KESIHATAN AWAM
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 27 – 29 Okt 2025]
Pautan semakan:
https://spa.gov.my/perkhidmatan/semakan-online/semakan-penjadualan/senarai-penjadualan-temu-duga
Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan
Sudah dapat surat panggilan temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam? Tahniah!
Tapi jangan biarkan peluang ni berlalu macam tu je. Ramai calon gagal bukan sebab tak layak, tapi sebab tak tahu apa yang panel nak dengar, tak tahu cara susun fail, dan gugup bila disoal.
Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan oleh AtokPencen.com ini disusun khas untuk bantu korang bersedia dari A sampai Z dengan skrip jawapan, contoh soalan sebenar, checklist dokumen, teknik komunikasi, dan bonus latihan keyakinan.
Dengan harga promosi RM10, korang akan dapat lebih 60 muka surat panduan padat, praktikal dan mudah faham.
Kalau korang betul-betul nak lulus, ini pelaburan paling bijak untuk masa depan. Klik di bawah untuk tempah sekarang dan mula bersedia hari ini!
Rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Pembantu Kesihatan Awam).
Selain itu,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan Ni?
Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main Genshin Impact
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
5) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni murah giler. Sekarang ni cuma RM11 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM11 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan dihantarkan email mengandungi fail panduan selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Biasanya 24 jam (maksimum), tapi selalunya lebih cepat daripada itu.
Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!
Korang patut miliki segera panduan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.
Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Pembantu Kesihatan Awam.
Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Sesi Januari 2026
SPA sudah mengeluarkan penjadualan ujian psikometrik untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil bagi sesi Januari 2026. Tarikh terkini yang dijadualkan ditetapkan pada 02 Oktober 2025 ini.
Rujukan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Pembantu Kesihatan Awam
Adakah korang terpilih menduduki ujian psikometrik Pembantu Kesihatan Awam kali ini?
Bagi korang yg masih lagi belum bersedia, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.
Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Pembantu Kesihatan Awam. Ini merupakan rujukan umum. Namun, rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan.
Peringatan: Adalah lebih baik korang hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!
Penutup
Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan di bawah keloaan KKM, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Salam sekahtera , saya dh mohon bila panggilannya
Saya dah mohon Dan kemaskini skarang ni apa perlu saya buat.