Latihan Separa Perubatan Juruteknologi Makmal Perubatan merupakan salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM. Jom kenali kerjaya dalam kategori separa perubatan ini..

Isi Kandungan
Apa itu Juruteknologi Makmal Perubatan?
Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) atau Medical Laboratory Technologist (MLT) merupakan salah satu daripada beberapa profesion Sains Kesihatan Bersekutu (SKB). Profesion ini tersembunyi daripada umum disebabkan mereka yang berada di dalam profesion ini bertugas di belakang tabir. Tidak seperti Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan.
Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima emel panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Sementara itu, bagi mereka yg terlibat dengan sesi temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah) ini. Sila buat persediaan sebaik mungkin. Beberapa contoh soalan temuduga U29 boleh dibaca di soalan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29 ini.
JTMP adalah tunjang kepada perkhidmatan makmal perubatan. Juruteknologi Makmal Perubatan terlibat dalam semua peringkat perkhidmatan makmal iaitu meliputi:
- pra-klinikal,
- klinikal, dan
- pasca-klinikal
Tidak setakat itu sahaja, JTMP juga ialah profesional SKB yang terlibat dalam proses pengdiagnosan untuk rawatan, rehabilitasi dan pencegahan melalui ujian-ujian makmal klinikal.
Perjalanan Kerjaya Sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan
Korang boleh memohon melalui laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan memilih jawatan JTMP daripada beberapa jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagi calon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan disaring melalui peperiksaan dan temuduga.
Pemohon yg berjaya akan ditawarkan untuk mengikuti kursus Teknologi Makmal Perubatan yang dikendalikan oleh Kolej Teknologi Makmal Perubatan (KTMP), Kuala Lumpur dan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching.
Pelajar akan diberi biasiswa / elaun sepanjang latihan 3 tahun dan kemudahan asrama ketika di Kolej KKM.
Setelah tamat latihan dan lulus peperiksaan yang diwajibkan, pelajar-pelajar akan dianugerahkan dengan Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan akan dilantik sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29.
Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 ini akan ditempatkan di makmal-makmal hospital, klinik kesihatan dan lain-lain institusi kesihatan awam mengikut kekosongan jawatan.
Selain saluran SPA, JTMP juga dilatih di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Sebelum liberasasi sistem pendidikan negara, selain daripada KTMP yang berada di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), JTMP juga dilatih di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Teknologi MARA (ITM).
Pada masa ini, USM dan UKM telah menghentikan latihan Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) peringkat diploma dan lebih menumpu kepada program peringkat ijazah.
Namun begitu, terdapat banyak institusi pendidikan swasta yang menawarkan program diploma Teknologi Makmal Perubatan bagi calon-calon yang memenuhi syarat.
Harus diingat, pelajar-pelajar kolej swasta dan universiti swasta tidak mendapat biasiswa seperti di KKM tetapi perlu mendapatkan pinjaman PTPTN atau daripada mana-mana agensi yang memberi pinjaman atau biasiswa pendidikan.
Sumber: Diolah daripada ksm.moh.gov.my, KKM
Kolej Teknologi Makmal Perubatan (KTMP)
KTMP ialah sebuah Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia(ILKKM) yang melatih individu menjadi seorang Juruteknologi Makmal Perubatan(JTMP) yang dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang secukupnya dalam bidang teknologi makmal perubatan. Ini bagi memenuhi keperluan di jabatan-jabatan Patologi di seluruh negara, institusi penyelidikan, universiti-universiti dan juga di makmal kesihatan awam.
Sejarah ringkas KTMP
Pada tahun 1900, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah ditubuhkan. Pengambilan Pembantu Makmal pertama hanya untuk menjalankan tugas-tugas spesifik dan latihan ‘on the job apprenticeship’. Kursus latihan selama 3 tahun ini dilaksanakan secara perkhidmatan.
Pada tahun pertama dan kedua, program latihan dalam 5 disiplin utama iaitu:
- Kajikuman,
- Kaji Kimia Hayat
- Kaji Darah,
- Kaji tisu, dan
- Kaji Parasit.
Pada tahun ketiga, pelatih akan ditempatkan di bawah seliaan Ahli Patologi di makmal-makmal dan Hospital Besar.
Menjelang tahun 1968, Sekolah Teknologi Makmal Perubatan dengan rasminya telah ditubuhkan dengan pengambilan pelajar pertama seramai 44 orang. Sekolah Juruteknologi Makmal Perubatan ini kemudiannya telah dinaikkan taraf kepada Kolej dengan pengumuman rasmi oleh Y.B Menteri Kesihatan Malaysia pada tahun 1995. Dan dikenali sebagai Kolej Teknologi Makmal Perubatan sehingga sekarang.
Sumber: Diolah daripada Wikipedia.
Maklumat Latihan Separa Perubatan Juruteknologi Makmal Perubatan
Jantina: Terbuka kepada lelaki dan perempuan
Tempoh Latihan: Selama 3 tahun
Tempat Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan:
- Institut Latihan KKM Kuching
- Institut Latihan KKM Kuala Lumpur (Teknologi Makmal Perubatan)
Bidang Asas Sains Makmal Perubatan
Sepanjang pengajian, berikut adalah beberapa bidang asas sains makmal perubatan yg akan korang pelajari :
– Parasitologi (Kaji Parasit)
– Mikrobiologi (Kaji Kuman)
– Histopatologi (Kaji Tisu)
– Sitologi (Kaji Sel)
– Hematologi (Kaji Darah)
– Biochemistry (Patologi Kimia)
– Imunohematologi/ Blood Bank (Tabung Darah)
Kelayakan Minimum Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :
a) Kepujian (6C) dalam:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
- Dua (2) subjek lain;
Serta
b) Lulus (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris.
Deskripsi Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan
Tugas seorang Juruteknologi Makmal Perubatan terbahagi kepada dua (2) bidang utama, yakni:
1) Kajian/Penyelidikan.
- Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.
- Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.
- Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.
2) Pentadbiran
- Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.
- Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.
- Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).
- Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.
- Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.
Fungsi Dan Tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan
Selain apa yg tertera di atas, fungsi utama JTMP juga adalah :
1) Menjalankan ujian-ujian diagnostik di makmal-makmal hospital dan klinik kesihatan bagi menghasilkan keputusan ujian untuk membantu pegawai perubatan membuat diagnosis terhadap sesuatu penyakit.
2) Ujian diagnostik dilakukan ke atas pelbagai jenis spesimen seperti darah, urin, bendalir badan, tinja (stool) dan sampel tisu, bergantung kepada jenis ujian, bidang perkhidmatan makmal perubatan.
3) JTMP bertanggungjawab untuk memastikan kesesuaian spesimen yang diterima daripada pesakit dengan ujian yang akan dijalankan dan hasil keputusan yang tepat dalam masa yang paling cepat kepada pegawai perubatan untuk rawatan yang berkesan.
Pengambilan Juruteknologi Makmal Perubatan Bagi Sesi Julai 2025
Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA bertarikh 04 Februari 2025, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Juruteknologi Makmal Perubatan bagi kemasukan sesi Julai 2025 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 150 tempat.
Ini peluang baik untuk korang. Segera mohon jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan ini di laman SPA9 secara online. Kami doakan korang berjaya!
Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2025
1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-semenanjung
2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah
3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan
Dah bersedia untuk temuduga jawatan Latihan Separa Perubatan? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan adalah:
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa ringgit saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah gila sampai tak boleh nak bawa bincang!
Rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Juruteknologi Makmal Perubatan).
Selain itu,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan Ni?
Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main Genshin Impact
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
5) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!
Korang patut miliki segera panduan Simulasi Temuduga Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.
Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Juruteknologi Makmal Perubatan.
Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Julai 2025
SPA masih belum mengeluarkan penjadualan ujian psikometrik untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi sesi Julai 2025. Tarikh terkini yang dijadualkan masih lagi di peringkat perbincangan.
Rujukan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Juruteknologi Makmal Perubatan
Adakah korang terpilih menduduki ujian psikometrik Juruteknologi Makmal Perubatan kali ini?
Bagi korang yg masih lagi belum bersedia, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.
Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan. Ini merupakan rujukan umum. Namun, rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik SPA termasuklah ujian psikometrik Juruteknologi Makmal Perubatan ini.
Peringatan: Adalah lebih baik korang hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!
Atau,
Bagi korang yang belum gaji, duit tinggal puluh-puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah kaw-kaw!
Penutup
Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Juruteknologi Makmal Perubatan. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan bertaraf diploma, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Assalamuikunsalam ,tuan/puan
Adakah pekak bisu ambil belajar latihan makmal di institute yang berkokuikums bahasa boleh ?
dalam ujian latihan juruteknologi makmal selalunya dia soal pasal apa?
Peperiksaan online separa perubatan. Saya nak beli ni tapi x dapat2 pon. Tak ada butang nak beli