Latihan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian

Latihan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian merupakan salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM. Tahukah korang, bahawasanya jawatan ini tidak khusus untuk perempuan. Ia juga boleh dipohon oleh calon lelaki. Jadi jom kita kenali kerjaya dalam kategori latihan separa perubatan ini..

Latihan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian

Nota penting: Bagi calon yang dipanggil ke sesi temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Sesi Januari 2026 ambilan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yg dijadualkan pada 28 Okt 2025 – 31 Okt 2025 ini (utk calon Sarawak) dan dan pada 3 Nov 2025 – 5 Nov 2025 ini (utk calon Semenanjung) dan pada 4 Nov 2025 – 5 Nov 2025 ini (utk calon Sabah). Bahan-bahan persediaan temuduga yg lebih lengkap boleh dibaca di soalan temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian.

Sementara, bagi korang yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian utk ambilan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) pada 03 Oktober 2025 ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian.

Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Apa itu Pembantu Pembedahan Pergigian?

Pembantu Pembedahan Pergigian atau Dental Surgery Assistant (DSA), biasa orang panggil misi gigi. Pakai uniform putih mcm Jururawat.

Pembantu Pembedahan Pergigian ialah ahli dalam kumpulan pergigian bersama-sama dengan Juruterapi Pergigian, Juruteknologi Pergigian dan Doktor Pergigian.

Sejarah Pergigian Di Malaysia

Rekod terawal pergigian di Tanah Melayu bermula sejak 1869 di Singapura, yang ketika itu adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Doktor pergigian yang pertama adalah doktor pergigian dari Hong Kong bernama Cheong Chun Tin, yang membuka Klinik Pergigian swasta selepas memperolehi kelayakan dari San Francisco.

Pada tahun 1899, James Logan telah direkodkan membuka Klinik Pergigian di Pulau Pinang. Pada tahun 1912 pula, Encik Frank Moffat direkodkan sebagai doktor pergigian pertama di Kuala Lumpur yang menggelarkan dirinya sebagai ‘doktor pergigian pembedahan dan mekanikal’.

Dalam tempoh Perang Dunia Pertama (1914-1918), seorang doktor pergigian berbangsa Jepun dilaporkan tiba pada tahun 1916. Seterusnya penghijrahan doktor-doktor pergigian ke Tanah Melayu pun bermula.

Pada tahun 1951, Skim Pembantu Jururawat (Pergigian) telah diperkenalkan bertujuan untuk memberikan sokongan klinikal kepada pegawai pergigian. Kumpulan auksiliari ini perlu mengikuti kursus selama dua tahun semasa dalam perkhidmatan.

Walau bagaimanapun pada tahun 1995 mereka kemudiannya dikenali sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP) sehingga ke hari ini. Program latihan PPP secara formal di Kolej Latihan Pergigian hanya dimulakan pada tahun 1982.

Pada tahun 1993, kaedah latihan telah menggabungkan konsep pendidikan jarak jauh. Sehingga 31 Disember 2016, terdapat sebanyak 4,177 Pembantu Pembedahan Pergigian di seluruh negara. Daripada bilangan itu, 3,783 berkhidmat di KKM dan 341 bertugas di fasiliti kerajaan yang lain dan 53 berkerja di sektor swasta.

Penjagaan Kesihatan Mulut Murid Sekolah

Pada awal tahun 1940an, jumlah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun merangkumi 50% populasi dan mempunyai status kesihatan mulut yang agak membimbangkan. Pertimbangan serius telah dibuat bagi memberi perkhidmatan pergigian khas bagi murid-murid sekolah.

Menjelang tahun 1948, perkhidmatan pergigian untuk murid-murid sekolah telah dilancarkan. Pada tahun yang sama juga skim jururawat pergigian diperkenalkan. Dimana kategori anggota ini dibenarkan memberi rawatan kepada murid sekolah di bawah penyeliaan.

Pada mulanya skim perkhidmatan jururawat pergigian ini menerima bantahan yang kuat dari profesion pergigian, tetapi kemudiannya diterima setelah berjaya membuktikan pendekatan ini adalah inovatif dan membawa manafaat kepada negara.

Sehingga tahun 1952, 19 buah klinik pergigian sekolah telah diwujudkan. Pada tahun 1953, perkhidmatan pergigian dimasukkan sebagai salah satu komponen dipusat kesihatan. Apabila Skim Perkhidmatan Kesihatan Pendalaman diperkenalkan pada tahun 1955, perkhidmatan pergigian diperluaskan kepada rakyat di kawasan pendalaman.

Pada tahun 1957, sebanyak 55 buah pusat pergigian sekolah dan 40 buah klinik pergigian sekolah yang dikendalikan oleh jururawat pergigian telah diwujudkan. Sehingga tahun 2017, bilangan klinik telah melonjak kepada 923 buah klinik pergigian sekolah, termasuklah pusat pergigian sekolah.

Perkhidmatan pergigian sekolah pada masa ini merupakan perkhidmatan utama dalam sektor awam. Melalui strategi pasukan bergerak yang sudah dilaksanakan sejak awal 1970’an, liputan diperluaskan lagi kepada hampir 92% murid sekolah rendah dan 60% murid sekolah menengah.

Pasukan ini turut dikenali secara tidak rasmi sebagai “skuad terbang”, pasukan bergerak ini yang mengguna peralatan mudah alih telah memperluaskan perkhidmatan ke serata tempat di seluruh negara.

Bilangan pasukan bergerak telah bertambah dari 13 pasukan pada tahun 1970 kepada 606 pasukan (termasuk 36 klinik bergerak) pada tahun 2017.

Sumber: Diolah daripada Program Kesihatan Pergigian, KKM.

Kurikulum Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian

Korang akan mengikuti tempoh pengajian sijil Pembantu Pembedahan Pergigian selama 2 tahun atau 4 semester. Sepanjang tempoh itu, korang akan didedahkan dengan:

  • Sains Asas
  • Sains Pergigian
  • Sains Klinikal
  • Sains Tingkah Laku
  • Teknologi Maklumat
  • Kelengkapan Pergigian
  • Pengurusan Kesihatan

Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi sijil Pembantu Pembedahan Pergigian, korang akan dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1 di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penempatan Pembantu Pembedahan Pergigian

Seorang Pembantu Pembedahan Pergigian U19 biasanya akan ditempatkan di:

  • Klinik Pergigian di Hospital Kerajaan
  • Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan
  • Klinik Pergigian Sekolah
  • Pasukan Pergigian Bergerak

Maklumat Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian

Jantina: Terbuka kepada lelaki dan perempuan

Tempoh Latihan: Selama 2 tahun

Tempat Latihan PBP:

  1. Institut Latihan KKM Pulau Pinang (Pergigian)

Kelayakan Minimum Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :

Kepujian (6C) dalam:

  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); serta

Serta

Lulus (7D) dalam:

  • Bahasa Inggeris; dan
  • Dua (2) subjek lain

Deskripsi Tugas Pembantu Pembedahan Pergigian

Tugas seorang Pembantu Pembedahan Pergigian merangkumi perkara-perkara berikut:

” Bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran. “

Selain itu, pada amnya, tugas Pembantu Pembedahan Pergigian ialah:

  • Membantu Pegawai Pergigian/Pakar Pergigian yang berkaitan semasa pemberian rawatan dengan pengamalan konsep four-handed dentistry
  • Menyediakan segala peralatan yang diperlukan untuk rawatan pergigian sebelum, semasa dan selepas rawatan
  • Menyediakan bahan-bahan untuk rawatan pergigian mengikut prosedur yang ditetapkan
  • Membantu dalam pengurusan klinik dan pengurusan data-data pesakit secara berkomputer
  • Membantu dalam pengambilan X-Ray pergigian

Iklan Pengambilan Pembantu Pembedahan Pergigian Bagi Sesi Oktober 2026

SPA baru sahaja mengumumkan iklan latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil bagi ambilan sesi Oktober tahun 2026 pada 25 Febuari 2026 lepas.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 03 Mac 2026, Hari Selasa, Jam11.59 malam.

Berdasarkan iklan berkenaan, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil sesi Oktober 2026 secara keseluruhan ialah sebanyak 3 335 tempat.

Iklan permohonan Latihan Separa Perubatan Sesi Oktober 2026

Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA ini, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Pembantu Pembedahan Pergigian bagi kemasukan sesi Oktober 2026 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 100 tempat. Dengan calon simpanan seramai 30 orang sahaja.

Ini peluang baik untuk korang. Segera mohon jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian ini di laman SPA9 secara online. Kami doakan korang berjaya!

Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Bagi Sesi Oktober 2026

1) LATIHAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 28 – 31 Okt 2025]

Pautan semakan:

https://spa.gov.my/perkhidmatan/semakan-online/semakan-penjadualan/senarai-penjadualan-temu-duga

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan

Sudah dapat surat panggilan temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian? Tahniah!

Tapi jangan biarkan peluang ni berlalu macam tu je. Ramai calon gagal bukan sebab tak layak, tapi sebab tak tahu apa yang panel nak dengar, tak tahu cara susun fail, dan gugup bila disoal.

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan oleh AtokPencen.com ini disusun khas untuk bantu korang bersedia dari A sampai Z dengan skrip jawapan, contoh soalan sebenar, checklist dokumen, teknik komunikasi, dan bonus latihan keyakinan.

Dengan harga promosi RM11, korang akan dapat lebih 89 muka surat panduan padat, praktikal dan mudah faham.

Kalau korang betul-betul nak lulus, ini pelaburan paling bijak untuk masa depan. Klik di bawah untuk tempah sekarang dan mula bersedia hari ini!

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan

Rujukan panduan lulus temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian).

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan Ni?

Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main Genshin Impact

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

5) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni murah giler. Sekarang ni cuma RM11 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM11 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan dihantarkan email mengandungi fail panduan selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Biasanya 24 jam (maksimum), tapi selalunya lebih cepat daripada itu.

Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!

Korang patut miliki segera panduan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian.

Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Sesi Oktober 2026

SPA masih belum mengeluarkan penjadualan ujian psikometrik untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil bagi sesi Oktober 2026.

Rujukan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian

Adakah korang terpilih menduduki ujian psikometrik Pembantu Pembedahan Pergigian kali ini?

Bagi korang yg masih lagi belum bersedia, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.

Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian. Ini merupakan rujukan umum. Namun, rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan.

Peringatan: Adalah lebih baik korang hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pembedahan Pergigian

Penutup

Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan di bawah kelolaan KKM, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.

1 thought on “Latihan Separa Perubatan Pembantu Pembedahan Pergigian”

Leave a Comment

error: Content is protected !!