Latihan Separa Perubatan Jururawat merupakan salah satu daripada 10 latihan separa perubatan bertaraf diploma yang ditawarkan oleh KKM. Ramai yang salah faham. Tapi, tahukah korang? Jawatan Jururawat ini turut boleh dipohon oleh lelaki. Ia tidak terhad kepada kaum wanita sahaja. Jom kenali kerjaya dalam kategori separa perubatan ini..
Isi Kandungan
Apa itu Jururawat?
Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Korang semua kenal siapa itu Jururawat. Awek cun berbaju putih di hospital dan berbau ubat – ini gambaran biasa dalam otak korang kan..
Bagaimanpun, untuk pengertian yg lebih jelas. Baca di bawah..
Seseorang yang mengambil berat tentang sakit atau lemah.
Definisi umum.
Nota penting: Sementara itu, bagi yg dah berjaya dipanggil sesi temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) sesi Januari 2025 untuk ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada 28 Oktober 2024 – 30 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah). Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) ini.
Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Sementara itu, bagi yg berjaya dipanggil ke sesi temuduga Jururawat Gred U29 yg dijadualkan pada 15 Julai 2024 – 18 Julai 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga bagi jawatan ini boleh korang baca di soalan temuduga Jururawat Gred U29 ini.
Istimewa untuk korang yg baru sahaja mendapat panggilan ke ujian psikometrik Jururawat Gred U29 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 Mei 2024 ini. Alhamdulillah. Peluang jangan disia-siakan. Buat persediaan yg terpaling padu! Bahan-bahan ulangkaji serta contoh soalan psikometrik jururawat boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat Gred U29.
Profesional penjagaan kesihatan berlesen yang mengamalkan secara bebas atau diawasi oleh seorang doktor, ahli bedah, atau doktor gigi dan yang mahir dalam mempromosikan dan mengekalkan kesihatan.
Definisi khusus.
Kejururawatan merangkumi penjagaan secara autonomi dan kolaboratif individu dari semua peringkat umur, keluarga, kumpulan dan masyarakat, sakit atau baik dan dalam semua keadaan. Ia termasuk promosi kesihatan, pencegahan penyakit, dan penjagaan orang sakit, kurang upaya dan mati.
Sumber: WHO (2019)
Jururawat ialah profesional dalam bidang penjagaan kesihatan. Jururawat bertanggungjawab bagi keselamatan dan menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.
Sumber: Diolah daripada Wikipedia.
Sejarah Kerjaya Jururawat
Sejarah kejururawatan dunia bermula apabila Florence Nightingale (The Lady with the Lamp) menubuhkan Nightingale School of Nursing di London pada tahun 1860. Ini rentetan daripada pengalamannya menjaga orang-orang sakit semasa Perang Crimean pada 1851.
Kursus kejururawatan pada masa ini mengambil masa selama setahun. Bertitik tolak dari situ, sekolah jururawat semakin bertambah. Dan pekerjaan sebagai jururawat menjadi semakin popular dan telah bertukar menjadi pekerjaan sesuai bagi kaum wanita.
Sejarah kejururawatan di Malaysia pula bermula sejak tahun 1800. Di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co. yang kemudiannya digantikan oleh nuns Katholik.
Latihan (sambil bekerja) jururawat pertama di Johor Bahru pada tahun 1938 tetapi terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan oleh peperangan dunia ke-II. Sekolah Kejururawatan awal ditubuhkan pada tahun 1946 di di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Semenjak itu, sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaya pada tahun 1951.
Manakala, Lembaga Jururawat Malaysia ditubuhkan pada tahun 1950. Permintaan terhadap keperluan jururawat mula meningkat selepas tahun 1960 dan sejumlah jururawat Malaysia dihantar ke luar negara bagi menjalani latihan kepakaran.
Dari tahun 1970, ramai menunjukkan minat menyertai kursus kejururawatan dan sistem pengajian kejururawatan dinaikkan kepada kursus bertaraf sijil.
Tahun 1990-2000 menyaksikan kursus kejururawatan sekali lagi dinaikkan kepada program bertaraf diploma dan ijazah pertama (sarjana muda). Kursus-kursus ini diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Nasional (LAN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pada hari ini, jururawat merupakan salah satu daripada pekerjaan profesional dan cukup penting dalam dunia perubatan. Di Malaysia, adalah dianggarkan terdapat lebih kurang seramai 130,000 jururawat dalam sektor kerajaan dan swasta.
Menurut Presiden Persatuan Jururawat Malaysia (MNA), Sharipah Asiah AlJunid, 63, terdapat 12 kumpulan jururawat di Malaysia, iaitu:
- renal,
- perioperatif,
- pendidikan,
- kajian,
- pengurusan,
- pediatrik,
- kesihatan umum,
- kebidanan,
- evergreen,
- kelab jurnal,
- kumpulan khusus intravenous, dan
- kesihatan mental
Kurikulum Diploma Kejururawatan
Program Diploma Kejururawatan di ILKKM memberikan pengetahuan teori dan latihan klinikal dalam aspek sains kejururawatan, sains tingkahlaku, sains biologi dan pengalaman klinikal dalam bidang kejururawatan.
Kurikulum program ini menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran yang interaktif, selain pendedahan kepada seting klinikal di hospital dan klinik di Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut piawaian akademik yang ditetapkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
Program ini bertujuan menghasilkan graduan yang bakal menjadi pengamal yang selamat, bertanggungjawab, beretika untuk memajukan profesion kejururawatan.
Tempoh latihan korang selama 3 tahun (6 semester) tu akan meliputi subjek seperti berikut:
- Sains Kesihatan
- Perawatan Medikal
- Perawatan Obstetrik
- Perawatan Kesihatan Komuniti
- Perawatan Kecemasan
- Sains Tingkah Laku
- Perawatan Surgikal
- Perawatan Pediatrik
- Bahasa Inggeris
- Perawatan Ginekologi
Setelah menamatkan pengajian, korang boleh memohon untuk dilantik ke jawatan tetap di KKM sebagai Jururawat Gred U29.
Mungkin ada yang bertanya, apa beza di antar Jururawat U29 dan Jururawat Masyarakat U19. Baca maklumat mengenai Jururawat Masyarakat U19 ni untuk info lanjut.
Maklumat Latihan Separa Perubatan Jururawat
Jantina: Terbuka kepada perempuan sahaja
Tempoh Latihan:
- Selama 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
- Selama 1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)
Tempat Latihan Jururawat:
- Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
- Institut Latihan KKM Alor Setar (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Bertam (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Kuala Pilah (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Batu Pahat (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Johor Bahru
- Institut Latihan KKM Kubang Kerian (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Sibu (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
- Institut Latihan KKM Kangar (Kejururawatan)
- Institut Latihan KKM Kuching
- Institut Latihan KKM Tawau (Kejururawatan)
Kelayakan Minimum Latihan Separa Perubatan Jururawat
Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :
Kepujian (6C) dalam:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik);
Dan
- Dua (2) subjek lain;
Serta
- Lulus (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris.
Deskripsi Tugas Jururawat
Tugas seorang Jururawat merangkumi perkara-perkara berikut:
- Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
- Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
- Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
- Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
- Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
- Membuat pesanan bekalan peralatan.
- Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Selain tugas asas di atas, tanggungjawab Jururawat juga boleh dibahagikan kepada dua, mengikut penempatan, sama ada di Unit Kesihatan Awam atau di Hospital.
Tugas-tugas Jururawat Di Unit Kesihatan
Di Unit Kesihatan Awam, jururawat bertugas sebagai seorang ahli pasukan kesihatan awam dalam memberi jagaan kesihatan keluaga dan perkhidmatan kesihatan awam dengan objektif untuk meningkatkan taraf kesihatan masyrakat.
Berikut adalah deskripsi tugas Jururawat di Unit Kesihatan:
1) Perawatan Kesihatan Keluarga
- Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
- Perkhidmatan lawatan ke rumah.
- Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
- Perkhidmatan perancang keluarga.
- Pendidikan kesihatan.
2) Latihan
- Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.
3) Menyelia
- Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
- Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
4) Pentadbiran
- Mentadbir klinik.
- Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
- Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
- Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
Di hospital, jururawat bertugas di wad-wad, dewan bedah, jabatan pesakit luar dan klinik-klinik pakar. Fungsi utama ialah memberi perawatan holistic kepada semua pesakit.
Berikut adalah deskripsi tugas Jururawat di Hospital:
1) Penjagaan Pesakit
- Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
- Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
- Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
- Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
2) Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
3) Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
4) Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
5) Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.
Pengambilan Jururawat Bagi Tahun 2024
Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA bertarikh 21 Ogos 2024, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Jururawat bagi kemasukan sesi Julai 2024 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 1 000 tempat.
Ya, seribu kekosongan jawatan!
Ini peluang baik untuk korang. Segera mohon jawatan Jururawat ini di laman SPA9 secara online. Kami doakan korang berjaya!
Semakan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Jururawat Sesi Januari 2025
LATIHAN JURURAWAT DARIPADA JURURAWAT MASYARAKAT (PSL) (SABAH)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 28 – 30 Okt 2024]
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan
Dah bersedia untuk temuduga jawatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan adalah:
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma).
Atau pun,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan Ni?
Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main COC
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
5) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube atau Netflix!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
Pertama, rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Kedua, tiada pengeposan barang berlaku. Ketiga, rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Keempat, korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun kesemua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Persoalannya – Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayaran dibuat?
Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 20 – 30 minit shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!
Korang patut miliki segera panduan Simulasi Temuduga Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.
Sekali lagi ditegaskan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
PSEE Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Sampai saat ini, SPA masih belum mengeluarkan penjadualan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Dan Latihan Jururawat ini adalah salah satu daripada Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Tarikh yang dijadualkan masih dalam peringkat perbincangan.
Rujukan Khas Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Bagi korang yg belum bersedia, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.
Nota: Untuk sesi tahun ini, rujukan exam separa perubatan versi 2020 yg dicadangkan ini boleh korang gunakan. Ianya sesuai.
Jangan bimbang, Tim Infokerjaya dah semak dan dah buat double check rujukan ni. Ternyata rujukan versi 2020 ini masih valid dan masih sesuai untuk dijadikan rujukan exam sesi tahun ini!
Penutup
Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Jururawat. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan bertaraf diploma, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekiranya subjek Bi tidak melepasi syarat..adakah ianya dapat dipertimbangkan?
Salam Nur shafekah,
Mohon maaf tapi jawapannya ialah tidak.
diploma Latihan separa perubatan ni kos ditanggung kerajaan ke,or ada yuran mcm diploma ipt jugak?
Ditanggung kerajaan..
Bleh Saya Tahu untuk memohon PSL result BI dan Math tidak memuaskan bleh ke memohon,walaupun dah berkhidmat JM 18tahun
InsyaAllah boleh cuba. Mudah-mudahan tempoh perkhidmatan puan diambil kira.