Latihan Pembantu Kesihatan Awam merupakan salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM. Jom kenali kerjaya dalam kategori separa perubatan ini..
Apa itu Pembantu Kesihatan Awam?
Pembantu Kesihatan Awam (PKA) atau Public Health Assistant (PHA) adalah kumpulan sokongan dalam bidang kesihatan dan perubatan di negara kita. Jika korang masih ingat masa kecil-kecil dulu, ada anggota kesihatan yang datang umah check darah (ambil sampel darah) untuk Denggi atau Malaria. Tak ingat?
Untuk pengetahuan korang, sampel darah yang diambil tadi oleh para Pembantu Kesihatan Awam itu akan dihantar ke makmal untuk dianalisa oleh Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP).
Ok.. Ingat tak orang yang sembur longkang atau keliling kampung dengan alat fogging (penyembur kabus) tu?
Yup.. Itulah para anggota kesihatan yang dipanggil Pembantu Kesihatan Awam (PKA).
Biasanya uniform Pembantu Kesihatan Awam ialah baju putih dengan seluar dan kasut hitam.
Kurikulum Sijil Pembantu Kesihatan Awam
Korang akan mengikuti tempoh pengajian selama 2 tahun atau 4 semester. Sepanjang tempoh itu, korang akan didedahkan dengan:
- Anatomi & Fisiologi
- Kimia
- Sains Am
- Fizik
- Mikrobiologi
- Pelupusan Kumbuhan Perlimbahan
- Kaji Parasit
- Kebersihan Makanan
- Matematik Persekitaran
- Kawalan Vektor
- Asas Kerja Binaan
- Kawalan Penyakit
- Pengenalan Kesihatan Persekitaran
- Prosedur Penguatkuasaan
- Pelupusan Sisa Pepejal
- Pendidikan Kesihatan
- Bekalan Air
- Bahasa Inggeris (Komunikasi)
Setelah menamatkan pengajian dan memperolehi sijil Pembantu Kesihatan Awam, korang akan dilantik ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Maklumat Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Jantina: Terbuka kepada lelaki dan perempuan
Tempoh Latihan: Selama 2 tahun
Tempat Latihan PKA:
- Institut Latihan KKM Sungai Buloh, Selangor
- Institut Latihan KKM Batu Rakit, Terengganu (Pembantu Kesihatan Awam)
Kelayakan Minimum Latihan Pembantu Kesihatan Awam
Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :
Kepujian (6C) dalam:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); serta
Serta
Lulus (7D) dalam:
- Bahasa Inggeris; dan
- Dua (2) subjek lain
Deskripsi Tugas Pembantu Kesihatan Awam
Tugas seorang Pembantu Kesihatan Awam merangkumi perkara-perkara berikut:
” Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pengawalan dan pencegahan dalam program kebersihan alam sekeliling, kebersihan dan keselamatan makanan serta kawalan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan tugasnya dengan menggunakan kaedah/ pendekatan kesihatan primer (Control and Prevention & Primary Health Care Approach). “
Selain itu, Pembantu Kesihatan Awam juga membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pengawalan dan pencegahan berkaitan dengan:
- Kawalan Penyakit Berjangkit
- Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)
- Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
- Keselamatan dan Kualiti Makanan
- Kesihatan Am
Penutup
Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Pembantu Kesihatan Awam. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan di bawah keloaan KKM, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.