Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia

Tahukah korang? Bahawasanya korang yang baru lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional SPM (V) boleh membina kerjaya dalam bidang separa perubatan dengan memohon memasuki program-program Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia

Apa itu separa perubatan?

Paramedic atau separa perubatan ialah individu atau staf atau kakitangan terlatih dan berkemahiran dalam memberi pertolongan cemas dan sokongan kesihatan di hospital/klinik kerajaan atau pusat kesihatan swasta.

Staf separa perubatan ialah bantuan atau sokongan kepada pengamal perubatan profesional (biasanya doktor) dalam menyediakan kemudahan kesihatan atau dalam menghadapi situasi kecemasan di hospital.

Nota Penting: Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.

Bagi korang yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 10 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan diadakan pada 23 Februari 2024 ini (untuk calon Sabah dan Sarawak) dan pada 27 Februari 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Apa Itu Latihan Separa Perubatan?

Ringkasnya, latihan separa perubatan adalah program pengajian di bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia untuk calon-calon paramedic. Proses tapisan calon yang layak (melibatkan peperiksaan dan sesi temuduga) pula dijalankan oleh pihak SPA.

Kenapa ramai gila lepasan SPM memohon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan ni? Korang nak tahu tak sebabnya? Faktor paling utama adalah kerana kelebihan-kelebihan Latihan Separa Perubatan yg menarik.

Apakah Bidang Separa Perubatan Yang Harus Saya Pilih?

Semasa mendapat emel panggilan peperiksaan, korang hanya akan dimaklumkan perlu menduduki peperiksaan memasuki latihan separa perubatan.

Setelah lulus peperiksaan, korang akan mendapat tawaran lebih daripada satu bidang dalam panggilan temuduga. Itu biasa. Cuma kebanyakan calon akan keliru dan tak tahu bidang yang mana harus diberikan keutamaan.

Soalan temuduga separa perubatan yg bakal ditanya juga bergantung kepada bidang yang menjadi pilihan korang. So, pilihan yang dibuat awal-awal lagi akan memudahkan korang membuat persediaan.

Untuk memudahkan korang membuat pilihan bidang separa perubatan mana yang menarik minat korang, boleh baca dan kenali satu-persatu latihan separa perubatan yang disenaraikan di bawah.

Pengambilan latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil tahun 2024

SPA baru sahaja mengumumkan iklan latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil sesi Julai tahun 2024 pada 21 Disember 2023 lalu.

Berdasarkan iklan berkenaan, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil sesi Julai 2024 secara keseluruhan ialah sebanyak 2 910 tempat.

Pecahan kekosongan latihan separa perubatan adalah seperti berikut:

Pengambilan latihan separa perubatan bertaraf Diploma

Jururawat – 1 000 (lelaki dan perempuan)
Jururawat (PSL) – 500 (perempuan)
Penolong Pegawai Perubatan – 480 (lelaki dan perempuan)
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran – 150 (lelaki dan perempuan)
Juruteknologi Makmal Perubatan – 130 orang
Penolong Pegawai Farmasi – 90 orang
Juru X-Ray (Diagnostik) – 50 orang
Jurupulih Perubatan (Carakerja) – 75 orang
Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) – 75 orang
Juruterapi Pergigian – 90
Juruteknologi Pergigian – 50

Pengambilan latihan separa perubatan bertaraf sijil

Pembantu Kesihatan Awam – 120 orang (Lelaki)
Pembantu Pembedahan Pergigian – 100 orang (lelaki dan perempuan)

Ini adalah satu peluang keemasan untuk korang. Jangan lupa masukan jawatan-jawatan yang disenaraikan ini dalam SPA9 korang. Mana tahu dapat kan..

Permohonan Mengikuti Latihan Separa Perubatan

Untuk membolehkan korang mengikuti Latihan Separa Perubatan, korang boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Camna nak mohon tu? Kena mohon secara online la di portal SPA9 ni.

Setelah menamatkan latihan, korang akan bergraduasi. Graduan-graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dengan bidang pengajian korang di ILKKM. Korang akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Namun, ia adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Pastinya kenangan atau memori sepanjang pengajian akan tersemat di hati. Pengalaman belajar latihan separa perubatan itu akan terus diingat dan kekal selama-lamanya..

Pengambilan Latihan Separa Perubatan

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan adalah dua (2) kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan kemasukan Julai.

Jenis Latihan Separa Perubatan

Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Terdapat 10 jenis latihan

Tempoh Latihan : 3 Tahun

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Terdapat 2 jenis latihan

Tempoh Latihan : 2 Tahun

Korang boleh rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan di bawah.

Kelayakan Am

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
  • Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon.

Tiga Kategori Pemohon & Had Umur

A. Pemohon yang merupakan calon lepasan SPM:

i. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

B. Pemohon yang merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat dalam perkhidmatan awam am persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

i. Umur tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup permohonan;
ii. Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

C. Pemohon yang merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat lain yang dilantik dalam perkhidmatan awam/badan berkanun/pihak berkuasa tempatan

i. Umur tidak melebih 38 tahun pada tarikh tutup permohonan;
ii. Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

Nota: Bagi calon lepasan SPM, korang boleh semak syarat dan kelayakan khas untuk setiap kursus separa perubatan di syarat kelayakan latihan separa perubatan.

Jenis-jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

  1. Jururawat
  2. Penolong Pegawai Perubatan
  3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  4. Juru X-Ray
  5. Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  6. Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  7. Juruteknologi Makmal Perubatan
  8. Penolong Pegawai Farmasi
  9. Juruteknologi Pergigian
  10. Juruterapi Pergigian

Jenis-jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

  1. Pembantu Kesihatan Awam
  2. Pembantu Pembedahan Pergigian

Berapa elaun latihan separa perubatan?

Semasa mengikuti Latihan Separa Perubatan di mana-mana kolej KKM, korang akan mendapat elaun bulanan. Kursus-kursus di peringkat diploma, para pelajar akan menerima elaun sebanyak RM835.57 setiap bulan.

Kursus-kursus di peringkat sijil (bagi pelajar Pembantu Kesihatan Awam dan Pembantu Pembedahan Pergigian), mereka akan menerima elaun bulanan sejumlah RM755.00.

Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024

1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH TEMU DUGA : 21 APRIL 2024 – 26 APRIL 2024

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/online/jad_td/jadual_temuduga_sp.php/calon-semenanjung/

2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : 22 APRIL 2024 – 3 MEI 2024

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah

3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : 22 APRIL 2024 – 26 APRIL 2024

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Latihan Separa Perubatan? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan adalah:

Rujukan Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Januari 2022

Rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma).

Atau pun,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan Ni?

Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main COC

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

5) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!

Korang patut miliki segera panduan Simulasi Temuduga Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

PSEE Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Tahun Ini

SPA masih belum mengeluarkan penjadualan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Tarikh PSEE terkini yang dijadualkan masih di peringkat perbincangan.

Rujukan Khas Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Adakah korang terpilih menduduki PSEE Separa Perubatan kali ini?

Bagi korang yg belum bersedia lagi, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.

Rujukan contoh soalan peperiksaan latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil

Nota: Untuk PSEE Sesi 2022, rujukan exam separa perubatan versi 2020 yg dicadangkan ini boleh korang gunakan. Ianya sesuai.

Jangan bimbang, Tim Infokerjaya (pengeluar rujukan ini) dah semak dan dah buat double check beberapa kali. Ternyata rujukan versi 2020 ini masih valid dan masih sesuai untuk dijadikan rujukan exam sesi kali ini!

Penutup

Apa yang dikongsikan di sini ialah pengenalan asas kepada kerjaya dalam bidang separa perubatan sahaja dan syarat am kelayakannya. Jika korang nak tahu lebih lanjut mengenai jenis-jenis Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia, korang just klik pautan di atas.

So, latihan mana yang menarik pada korang?

16 thoughts on “Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia”

  1. Ujian psee latihan separa perubatan peringkat diploma ni merangkumi ujian psikometrik dan aptitud ke? Format tahun 2022 ni sama dengan yg lepas- lepas atau tidak?

    Reply
  2. Hi….nak tanya kalau saya sebelum ni ada buat diploma tapi tak habis belajar, so pinjaman PTPTN dapat ke? Kos pembelajaran ni berapa ya? Daftar bayar berapa?

    Reply
  3. Hi. Saya baru sahaja lulus ujian psikometrik utk Latihan Separa Perubatan. Semasa temuduga perlu berpakaian seperti mana ya untuk jwtn ini ?

    Reply
  4. Selamat Petang Tuan.. Saya dh beli ebook ni dlm bln Mei 2022..tp sya terpadam dlm email saya.. Boleh email balik ke tuan? Atau text saya di 0138102775

    Reply
  5. Boleh saya tahu berkenaan resume until dihantar .Adakah resume itu perlu menggunakan Bahasa inggeris ataupun boleh juga menggunakan Bahasa melayu

    Reply
  6. Hi.. andaikan layak and lulus iv dan diterima untuk masuk latihan 3 tahun or 2 tahun.. adakah percuma untuk latihan tu, atau ade kelebihan yg kitaorang akan dapat?

    Reply
  7. sy ex student dri SPA college. Sy nasihatkan elakkan apply. Bila anda graduate dan ingin bertukar krja/ ke luar ngra sprti Eropah and Singapore, anda akn alami mslh besar di mana sistem kredit hours yg lengkap tidak diberi di akhir pengajian seperti di kolej lain. Begitu juga dgn transkrip. Anda hny dibekalkn dgn sijil diploma shja. Jika transkrip tidak diberi, prlu pohon sndri.Itu pon hny kredit hours akademik. Ini mmberi impak apabila hendak melanjutkn pelajaran/tukar krja dan krja di luar ngra di negara Eropah dan ngra maju.Sijil diploma dari KKM sahaja tidak diterima kerana tiada kredit hours yg lengkap

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!