Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja merupakan salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM. Jom kenali kerjaya dalam kategori separa perubatan ini..

Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Apa itu Jurupulih Perubatan Cara Kerja?

Jurupulih Perubatan Cara Kerja atau Occupational Therapy (OT) menawarkan perkhidmatan pemulihan carakerja. Merupakan salah satu rawatan pemulihan untuk membantu pesakit mencapai, mengekalkan dan meningkatkan tahap kefungsian dan keberdikarian yang optima dalam kehidupan harian, pekerjaan, bermain atau rekreasi melalui aspek fizikal, mental, sosial dan kerohanian.

Nota penting: Bagi korang yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 7 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 30 September 2025 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 01 Oktober 2025 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.

Pemulihan carakerja menggunakan strategi-strategi berikut:

  • promotif,
  • preventif, dan
  • rehabilitatif.

Sejarah Perkhidmatan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang pertama di Malaysia telah dimulakan oleh Jurupulih Perubatan Carakerja Mrs. Babra T. di Pusat Kusta, Sungai Buloh pada tahun 1957. Semenjak itu, profession Pemulihan Carakerja telah berkembang dan diperluaskan mengikut peredaran bidang perubatan.

Pada awalnya, perkhidmatan Pemulihan Carakerja ini boleh didapati di hospital-hospital besar. Kemudian, perkhidmatan ini telah berkembang ke hospital daerah, klinik-klinik kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, sekolah dan agensi-agensi swasta yang lain

Pada tahun 2013, jumlah Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) / Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja juga telah meningkat dalam anggaran 1200 orang seiring dengan keperluan pemulihan dalam bidang perubatan dalam negara.

Apa Beza Jurupulih Perubatan Cara Kerja (OT) Dan Physiotherapy?

Ramai orang keliru antara tugas Jurupulih Perubatan Cara Kerja (OT) dengan Jurupulih Perubatan Fisioterapi (Physiotherapy). Perbezaan boleh dilihat melalui Objektif tugas.

Tugas physio / Jurupulih Perubatan Fisioterapi bertujuan untuk mengembalikan fungsi tubuh badan setelah mengalami kecederaan. Jurupulih Perubatan Cara Kerja (OT) pula untuk untuk mengembalikan kefungsian tubuh badan yang berkaitan dalam semua aspek kehidupan.

Kata kuncinya ialah kefungsian.

Lokasi Perkhidmatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

  1. Hospital-hospital kerajaan
  2. Klinik Kesihatan
  3. Jabatan kebajikan Masyarakat
  4. Sekolah Pendidikan Khas
  5. PERKESO
  6. Pusat Dalam Komuniti
  7. Badan Bukan Kerajaan – Hospital swasta, klinik-klinik rehabilitasi dan lain-lain.
  8. Industri

Sumber: Diolah daripada ksm.moh.gov.my, KKM

Maklumat Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Jantina: Terbuka kepada lelaki dan perempuan
Tempoh Latihan: Selama 3 tahun

Tempat Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja:

  1. Institut Latihan KKM Sungai Buloh
  2. Institut Latihan KKM Johor Bahru

Kelayakan Minimum Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :

a) Kepujian (6C) dalam:

  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik);
  • Bahasa Inggeris; dan
  • Satu (1) subjek lain

Deskripsi Tugas Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Tugas seorang Jurupulih Perubatan Cara Kerja merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  2. Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  3. Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  4. Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  5. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  6. Membuat pesanan bekalan peralatan.
  7. Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Perkhidmatan yang Ditawarkan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Selain di atas, Jurupulih Perubatan Cara Kerja juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan di bawah:

  • Penilaian aktiviti seharian
  • Penilaian fizikal
  • Penilaian sensori
  • Penilaian kognitif & perceptual
  • Penilaian pra-sekolah
  • Penilaian kerusi roda
  • Penilaian pra memandu
  • Penilaian kerja / vokasional
  • Penilaian tempat kerja / rumah / sekolah
  • Penilaian perkembangan kanak-kanak
  • Penilaian tingkah laku
  • Latihan dalam aktiviti seharian
  • Splin & ortosis, peralatan serta pengubahsuaian
  • Terapi tingkah laku
  • Latihan kognitif & persepsi
  • Terapi pakaian tekanan
  • Terapi kreativiti
  • Latihan kemahiran sosial
  • Latihan kerusi roda
  • Pendidikan pesakit dan penjaga
  • Terapi permainan dan riadah
  • Relaksasi
  • Latihan sensorimotor
  • Latihan motor

Iklan Pengambilan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja) Bagi Sesi Januari 2026

SPA baru sahaja mengumumkan iklan latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil bagi ambilan sesi Januari tahun 2026 pada 1 Ogos 2025 lepas.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 07 Ogos 2025, Hari Khamis, Jam11.59 malam.

Berdasarkan iklan berkenaan, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil sesi Januari 2026 secara keseluruhan ialah sebanyak 3 035 tempat.

Iklan permohonan Latihan Separa Perubatan Sesi Januari 2026

Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA ini, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja bagi kemasukan sesi Januari 2026 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 70 tempat. Calon simpanan pula 20 orang.

Ini peluang baik untuk korang! Segera mohon jawatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja ini di laman SPA9 secara online. Kami doakan korang berjaya!

Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Januari 2026

1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JANUARI 2026 (SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-semenanjung

2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JANUARI 2026 (SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah

3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JANUARI 2026 (SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan

Sudah dapat surat panggilan temuduga Latihan Separa Perubatan? Tahniah!

Tapi jangan biarkan peluang ni berlalu macam tu je. Ramai calon gagal bukan sebab tak layak, tapi sebab tak tahu apa yang panel nak dengar, tak tahu cara susun fail, dan gugup bila disoal.

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan oleh AtokPencen.com ini disusun khas untuk bantu korang bersedia dari A sampai Z dengan skrip jawapan, contoh soalan sebenar, checklist dokumen, teknik komunikasi, dan bonus latihan keyakinan.

Dengan harga promosi RM10, korang akan dapat lebih 60 muka surat panduan padat, praktikal dan mudah faham.

Kalau korang betul-betul nak lulus, ini pelaburan paling bijak untuk masa depan. Klik di bawah untuk tempah sekarang dan mula bersedia hari ini!

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan

Rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja).

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan Ni?

Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main Genshin Impact

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

5) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni murah giler. Sekarang ni cuma RM10 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM10 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan dihantarkan email mengandungi fail panduan selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Biasanya 24 jam (maksimum), tapi selalunya lebih cepat daripada itu.

Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!

Korang patut miliki segera panduan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja).

Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2026

SPA masih belum mengeluarkan penjadualan ujian psikometrik untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi sesi Januari 2026. Tarikh terkini yang dijadualkan masih lagi di peringkat perbincangan.

Rujukan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Adakah korang terpilih menduduki ujian psikometrik Jurupulih Perubatan Cara Kerja kali ini?

Bagi korang yg masih lagi belum bersedia, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.

Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja. Ini merupakan rujukan umum. Namun, rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan.

Peringatan: Adalah lebih baik korang hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Penutup

Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Cara Kerja. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan bertaraf diploma, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Leave a Comment

error: Content is protected !!