Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi merupakan salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM. Jom kenali kerjaya dalam kategori separa perubatan ini..

Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Apa itu Jurupulih Perubatan Fisioterapi?

Fisioterapi adalah singkatan bagi Jurupulih Perubatan Fisioterapi (fisio) iaitu fisiologi yang membawa makna fungsi dan terapi. Sama makna dengan penjagaan fisiologi. Jadi maksud kata fisioterapi itu sendiri ialah penjagaan atau pemulihan kefungsian.

Di Malaysia fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan fisioterapi atau jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan (anggota).

Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.

Jurupulih Perubatan (Anggota) adalah satu kerjaya yang memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.

Sumber: Diolah daripada Taufiq Zaman

Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia

Tahukah korang, akan kewujudan Hari Fisioterapi Sedunia?

Ia diraikan pada 8 September setiap tahun.

Tujuan sambutan Hari Fisioterapi sedunia adalah untuk menghargai ahli fisioterapi seluruh dunia yang telah membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang terbaik dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin samada untuk pesakit yang tidak memerlukan pembedahan ataupun pesakit yang telah menjalani pembedahan.

Sumber: Diolah daripada KPJ Perdana Specialist Hospital

Matlamat Utama Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Matlamat utama seorang ahli fisioterapi atau Jurupulih Perubatan Fisioterapi ialah membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin.

Tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik.

Bidang-Bidang Dalam Fisioterapi

Fisioterapi boleh dibahagikan kepada beberapa bidang utama, antaranya ialah:

  • Orthopedic/Musculoskeletal (Tulang & Otot)
  • Cardiorespiratory (Jantung & Paru-Paru)
  • Neurology (Saraf)
  • Sports (Sukan)
  • Peadiatrics (Kanak-kanak)
  • Women health (Kesihatan wanita)
  • Geriatric (Orang tua)

Kaedah Yang Digunakan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Dalam merawat para pesakit, pelbagai kaedah boleh digunakan oleh seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi yang bertauliah. Seperti:

Elektro Terapi

  • Ultra Sound
  • Interferential Terapi
  • Laser
  • Diatermi Gelombang Pendek ( Short Wave Diathermy)

Terapi Manual

  • Mobilisasi (mobilization)
  • Manipulasi
  • Urutan
  • Senaman Therapeutic ( therapeutic Exercises)
  • Rehabilitasi selepas pembedahan
  • Nasihat dan langkah pencegahan

Hidroterapi

  • Hidroterapi atau terapi air, adalah kaedah rawatan menggunakan air untuk mengurangkan kesakitan badan dan meningkatkan kesihatan serta kekuatan fisikal .

Apa Beza Jurupulih Perubatan Fisioterapi Dan Jurupulih Perubatan Cara Kerja (OT)?

Ramai orang keliru antara tugas seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi (Physiotherapy) dengan Jurupulih Perubatan Cara Kerja (OT). Perbezaan boleh dilihat melalui Objektif tugas.

Tugas physio / Jurupulih Perubatan Fisioterapi adalah untuk mengembalikan fungsi tubuh badan setelah mengalami kecederaan. Jurupulih Perubatan Cara Kerja (OT) pula untuk untuk mengembalikan kefungsian tubuh badan yang berkaitan dalam semua aspek kehidupan.

Kata kuncinya di sini ialah kefungsian.

Maklumat Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Jantina: Terbuka kepada lelaki dan perempuan
Tempoh Latihan: Selama 3 tahun

Tempat Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi:

  1. Institut Latihan KKM Sungai Buloh
  2. Institut Latihan KKM Johor Bahru

Kelayakan Minimum Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :

Kepujian (6C) dalam:

  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik);
  • Bahasa Inggeris; dan
  • Satu (1) subjek lain

Deskripsi Tugas Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Tugas seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  • Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  • Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  • Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  • Membuat pesanan bekalan peralatan.
  • Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Pengambilan Jurupulih Perubatan Fisioterapi Bagi Sesi Julai 2025

Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA bertarikh 04 Februari 2025, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi bagi kemasukan sesi Julai 2025 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 100 tempat.

Ini peluang baik untuk korang. Segera mohon jawatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi ini di laman SPA9 secara online. Kami doakan korang berjaya!

Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2025

1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-semenanjung

2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah

3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Latihan Separa Perubatan? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan adalah:

Rujukan Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa ringgit saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah gila sampai tak boleh nak bawa bincang!

Rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi).

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan Ni?

Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main Genshin Impact

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

5) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!

Korang patut miliki segera panduan Simulasi Temuduga Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi.

Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Julai 2025

SPA masih belum mengeluarkan penjadualan ujian psikometrik untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi sesi Julai 2025. Tarikh terkini yang dijadualkan masih lagi di peringkat perbincangan.

Rujukan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Adakah korang terpilih menduduki ujian psikometrik Jurupulih Perubatan Fisioterapi kali ini?

Bagi korang yg masih lagi belum bersedia, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.

Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi. Ini merupakan rujukan umum. Namun, rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik SPA termasuklah ujian psikometrik Jurupulih Perubatan Fisioterapi ini.

Peringatan: Adalah lebih baik korang hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Atau,

Bagi korang yang belum gaji, duit tinggal puluh-puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah kaw-kaw!

Penutup

Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Jurupulih Perubatan Fisioterapi. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan bertaraf diploma, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Leave a Comment

error: Content is protected !!