Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu daripada 12 latihan separa perubatan bertaraf diploma yang ditawarkan oleh KKM. Untuk makluman, jawatan Penolong Pegawai Perubatan ini boleh dimohon oleh lelaki dan wanita. Jom kenali kerjaya dalam kategori separa perubatan ini..
Table of Contents
Apa itu Penolong Pegawai Perubatan?
Tahukah korang, bahawasanya jawatan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) atau Assistant Medical Officer (AMO) merupakan profesion yang unik dan hanya ada di negara Malaysia? Profesion ini didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan 1977.
Dengan skop tugas memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek penjagaan kuratif, rehabilitatif, pencegahan dan promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan negara.
Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.
Penolong Pegawai Perubatan mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar di Kesihatan Primer seperti Klinik Kesihatan, Klinik Komuniti, Jabatan Kecemasan dan Kemalangan serta klinik-klinik pakar di hospital sebagai rakan kongsi kepada profesion lain di bidang sains perubatan dan kesihatan.
Sumber: Diolah daripada MyPKP, Neus Kelantan.
Sejarah Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) adalah antara profesion terawal wujud di negara kita dan ia kini menjangkau lebih daripada 230 tahun. Pada mulanya jawatan ini dipanggil sebagai Apothecaries, (diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang).
Dibawah pemerintahan British Malaya, Apothecaries dikemudiannya digelar Sub-Assistant Surgeon atau Dressar. Sepanjang tempoh ini, PPP telah melalui beberapa siri transformasi berikutan peranannya yang kian berkembang. Bersesuaian dgn profesion PPP ini, pada ketika itu.
Pada tahun 1957, jawatan Pembantu Rumah Sakit telah ditukar dan dikenali ramai sebagai Pembantu Hospital (HA). Pada tahun 1961, secara rasminya “National Union Of Hospital Assistant” (NUHA) telah didaftarkan.
Menjelang tahun 1969, Sekolah Latihan Pembantu Hospital yang pertama telah beroperasi di Kuching, Sarawak. Kemudian pada tahun 1971, Sekolah Latihan Pembantu Hospital yang kedua telah beroperasi di Seremban, Negeri Sembilan.
Berikutan dengan keperluan semasa, empat (4) buah sekolah latihan lagi telah ditubuhkan iaitu di Ulu Kinta, Perak, di Alor Setar, di Kuching dan di Kota Kinabalu. Sekolah-sekolah latihan ini kemudiannya dinaik taraf menjadi Kolej Pembantu Perubatan pada 1993.
Pada asalnya, sekolah-sekolah dan kolej-kolej latihan perubatan ini hanya mengeluarkan sijil Pembantu Perubatan kepada para pelajar. Selepas itu, sijil ini telah diiktiraf sebagai Diploma Pembantu Perubatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1989.
Selaras dengan pertukaran gelaran jawatan daripada Pembantu Perubatan kepada Penolong Pegawai Perubatan, nama skim perkhidmatan ini juga telah ditukar kepada Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan berkuatkuasa mulai 2 Julai 2009.
Skim perkhidmatan yang telah ditambahbaik ini merupakan Skim Perkhidmatan Bersepadu yang merangkumi Kumpulan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan & Profesional.
Berikut adalah senarai nama panggilan jawatan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) sehingga ke hari ini:
- Pembantu Rumah Sakit (1963)
- Pembantu Hospital (1970)
- Pembantu Perubatan (1985)
- Penolong Pegawai Perubatan (2007).
Prospek Dalam Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
Setelah latihan tamat, korang boleh memohon jawatan sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (harus la kan). Klasifikasi gred jawatan korang adalah dibawah klasifikasi Perubatan dan Kesihatan (U). Gred dalam skim jawatan ini adalah dari Gred U29, U32, U36, U41/42, U44, U48, U52, dan U54.
Lantikan korang sebagai lepasan Diploma Pembantu Perubatan akan bermula dengan Gred U29, manakala bagi Penolong Pegawai Perubatan yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diktiraf, boleh memohon gred jawatan Gred U41.
Kenaikan pangkat bagi profesion ini adalah melalui kenaikan pangkat secara Time-Based atau sekiranya terdapat kekosongan semasa dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kurikulum Diploma Pembantu Perubatan
Program Diploma Pembantu Perubatan dikawal oleh Lembaga Pembantu Perubatan yang ditubuhkan di bawah Akta 180, Akta Pembantu Perubatan Malaysia dan pelaksanaannya pula dikelolakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Program latihan Diploma Pembantu Perubatan ini tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pembantu Perubatan (Pindaan) 1988.
Matlamat utama kurikulum Diploma Pembantu Perubatan ialah untuk menyediakan korang menjadi seorang Penolong Pegawai Perubatan yang dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti berpandukan pendekatan promosi, preventif, kuratif dan rehabilitative dengan berfokuskan kepada aspek-aspek penjagaan primer, sekunder dan tertier.
Tempoh latihan korang selama 3 tahun atau 6 semester tu akan meliputi subjek seperti berikut:
- Sains Perubatan Asas
- Sains Kejururawatan
- Sains Perubatan dan Pembedahan
- Sains Tingkah Laku
- Sains Kesihatan Komuniti
Maklumat Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Perubatan
Jantina: Terbuka kepada lelaki dan perempuan
Tempoh Latihan: Selama 3 tahun
Tempat Latihan Penolong Pegawai Perubatan:
- Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
- Institut Latihan KKM Johor Bahru
- Institut Latihan KKM Kuching
- Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
- Institut Latihan KKM Seremban (Pembantu Perubatan)
Kelayakan Minimum Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :
Kepujian (6C) dalam:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Dua (2) subjek lain; dan
- Biologi atau Kimia;
Atau
- Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan)
Atau
- Fizik
Dengan
- Lulus (7D) dalam Biologi;
Serta
- Lulus (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris.
Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan
Tugas seorang Penolong Pegawai Perubatan merangkumi perkara-perkara berikut:
1) Peranan Primer
1.1 Penjagaan Perubatan Primer
- Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan.
- Memberikan pendidikan kesihatan berkaitan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.
- Mendispens, memesan dan menyimpan ubat-ubatan.
- Membantu dalam program latihan paramedikal dan auksiliari kakitangan di bawah seliaannya.
- Menyimpan semua rekod yang berkaitan dengan pendaftaran, penjagaan pesakit dan kematian.
1.2 Penjagaan Kemalangan dan Kecemasan
- Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujukkan kes-kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
- Sebagai Ketua Pasukan Ambulan dan memberi rawatan kecemasan mengikut protokol yang telah ditetapkan.
1.3 Pentadbiran
- Tugas-tugas penyeliaan kakitangan di bawah jagaannya serta memeriksa dan menyimpan alat pemulihan dan bekalan perubatan di Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan serta Ambulan.
- Menguruskan bilik mayat dan pemeriksaan bedah siasat mayat di hospital.
2) Peranan Khusus
2.1 Penjagaan khusus di Unit-unit Khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatrik, Kardiologi dan lain-lain.
2.2 Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.
Pengambilan Penolong Pegawai Perubatan Bagi Tahun 2024
Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA bertarikh 21 Disember 2023, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Penolong Pegawai Perubatan bagi kemasukan sesi Julai 2024 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 480 tempat.
Ini peluang baik untuk korang! Segera mohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan ini di dalam SPA9 korang secara online. Kami doakan korang berjaya!
Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024
1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
TARIKH TEMU DUGA : 21 APRIL 2024 – 26 APRIL 2024
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/online/jad_td/jadual_temuduga_sp.php/calon-semenanjung/
2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
TARIKH TEMU DUGA : 22 APRIL 2024 – 3 MEI 2024
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah
3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
TARIKH TEMU DUGA : 22 APRIL 2024 – 26 APRIL 2024
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan
Dah bersedia untuk temuduga jawatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan adalah:
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma).
Atau pun,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan Ni?
Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main COC
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
5) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube atau Netflix!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
Pertama, rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Kedua, tiada pengeposan barang berlaku. Ketiga, rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Keempat, korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun kesemua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Persoalannya – Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayaran dibuat?
Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 20 – 30 minit shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!
Korang patut miliki segera panduan Simulasi Temuduga Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.
Sekali lagi ditegaskan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
PSEE Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Setakat ini, pihak SPA masih belum lagi mengeluarkan penjadualan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Dan Latihan Penolong Pegawai Perubatan ini adalah salah satu daripada Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Rujukan Khas Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Bagi korang yg belum bersedia, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.
Nota: Untuk PSEE Sesi tahun ini, rujukan exam separa perubatan versi 2020 yg dicadangkan ini boleh korang gunakan. Ianya sesuai.
Jangan bimbang, Tim Infokerjaya (pengeluar rujukan ini) dah semak dan dah buat double check beberapa kali. Ternyata rujukan versi 2020 ini masih valid dan masih sesuai untuk dijadikan rujukan exam sesi tahun ini!
Penutup
Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Perubatan. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan bertaraf diploma, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Saya sangat terinspirasi dengan latihan sepwah yang kita lakukan di hospital. Ia sangat membantu kami menjadi lebih siap dan fokus dalam menjalankan tugas sebagai pegawai perubatan.