Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Farmasi

Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Farmasi merupakan salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM. Jom kenali kerjaya dalam kategori separa perubatan ini..

Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Farmasi

Apa itu Penolong Pegawai Farmasi?

Korang pernah pegi hospital kerajaan? Pas dapat rawatan, korang kena pegi ambil ubat di kaunter kan. Pastu ada pula akak baju kelabu yang manis tgh tunggu.

Haa.. tu bukan jodoh korang. Itu ialah Penolong Pegawai Farmasi atau disebut PPF jer.

Kerjaya sebagai PPF ini telah bertapak lama di negara kita. Telah banyak kali bertukar gelaran nama jawatan, dan yang terakhir sekali ialah Penolong Pegawai Farmasi. Cabaran dalam diri setiap PPF adalah berbeza antara satu sama lain. Ia bergantung kepada dimana mereka bertugas.

Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima emel panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.

Jika di Hospital, masalah agak kurang tapi tugasan banyak. Dan tugasan utama PPF masa ini ialah menonjolkan kerjaya PPF di hospital dan Klinik kesihatan sehinggakan ianya boleh di kategorikan kepada dua entiti yang berbeza iaitu PPF (Hospital) dan PPF (Kesihatan Awam).

Salah faham masyarakat seringkali terjadi terhadap kerjaya murni ini. Orang ingat mereka cuma duduk di belakang kauntar, tunggu doktor bagi arahan dan berikan ubat kepada pesakit. No, no and no..

Seorang Penolong Pegawai Farmasi secara asasnya berpegang kepada prinsip 5R. Apa tu?

  1. Pesakit yang betul,
  2. Ubat yang betul,
  3. Dos yang betul,
  4. Pengambilan ubat pada masa yang betul, dan
  5. Cara pengambilan ubat yang betul

Sejarah perkhidmatan farmasi di Malaysia

Sebagai seorang bakal Penolong Pegawai Farmasi, sebaiknya korang tahu sejarah dan asal usul perkhidmatan farmasi di negara kita. Mana la tahu naik dalam exam atau temuduga. Nampak la juga pandainya korang.

Tahun 1951

Lembaga Farmasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 memperakui pendaftaran 20 ahli farmasi pada tahun 1952. Pada tahun kemerdekaan, tahun 1957, terdapat seramai 23 orang ahli farmasi berdaftar berkhidmat dalam sektor awam. Oleh sebab kekurangan ahli farmasi dan keperluan mendesak untuk menyediakan dan mengekalkan perkhidmatan asas farmasi di hospital-hospital awam dan klinik kesihatan, Dispenser Training School telah ditubuhkan sebagai langkah pengganti sementara.

Berkuatkuasanya Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. Semasa zaman pra-kemerdekaan, fungsi utama perkhidmatan farmasi pada asalnya hanya terbatas kepada tujuan perolehan, penyimpanan dan pengedaran ubat-ubatan dari United Kingdom melalui Crown Agents.

Tahun 1961-1965

Di bawah Rancangan Malaysia Kedua (1961-1965), Makmal Ubat dan Stor telah dibina di Petaling Jaya pada tahun 1969. Pembinaan makmal ini merupakan mercu tanda kepada perkembangan peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM. Semenjak itu, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM telah berjaya membekalkan sumber ubat yang murah, kos efektif dan berkualiti tinggi untuk program perubatan dan kesihatan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia yang pada ketika itu sedang menekankan pelaksanaan pemberian perkhidmatan kepada kesihatan luar bandar.

Tahun 1969

Bahagian Kimia Farmaseutikal telah ditubuhkan secara rasmi untuk memenuhi keperluan perhidmatan farmasi yang sedang berkembang pesat. Pegawai Farmasi pada ketika itu dikenali sebagai Ahli Kimia Ubat (AKU). Bahagian ini secara rasminya dinamakan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM pada 1 Januari 1974. Ini merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan yang dimainkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM dalam memperluaskan perkhidmatan farmaseutikal dalam sektor kesihatan negara.

Tahun 1970

Pada tahun 1970, skop perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM telah diperluaskan untuk meliputi jaminan kualiti (Quality Assurance) farmaseutikal di negara ini. Makmal Kawalan Kimia Ubat Kebangsaan (MKKUK) yang kemudiannya dinamakan sebagai Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah ditubuhkan pada Oktober 1978 di bawah Rancangan Malaysia Kedua untuk melaksanakan tanggungjawab regulatori.

Tahun 1976

Pada 1 Januari 1976, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi ditubuhkan di bawah organisasi ini untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan perundangan berkaitan farmasi dan perdagangan farmaseutikal di negara ini secara lebih efisien.

Tahun 1984

Pengisytiharan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik pada Jun 1984 menandakan permulaan era regulatori di Malaysia. Ini meletakkan tanda aras yang perlu ke arah pembentukan sistem regulatori farmaseutikal di Malaysia yang lebih sistematik .

Tahun 1985

Pada Januari 1985, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dengan misi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk farmaseutikal sebelum dipasarkan di Malaysia. Untuk mencapai matlamat ini, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui sekretariat yang berpusat di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) menjalankan fungsi pengawalseliaan seperti pendaftaran produk, analisis sampel, pemeriksaan dan pelesenan, pasca-pemasaran pengawasan dan pemantauan kesan sampingan ubat.

Tahun 2004

Kekurangan ahli farmasi terus menjejaskan perkembangan perkhidmatan farmasi di negara ini khususnya, peruntukan perkhidmatan klinikal dan penjagaan farmaseutikal kepada pesakit. Sebagai langkah jangka panjang, perkhidmatan wajib diperkenalkan di sektor awam, melalui pindaan kepada peraturan-peraturan di bawah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 pada tahun 2003. Pendaftaran Ahli Farmasi (Pindaan) 2003 telah dikuatkuasakan pada 2 September 2004.

Sumber: Diolah daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Maklumat Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Farmasi

Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun

Tempat Latihan Penolong Pegawai Farmasi:

Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah

Kelayakan Minimum Latihan Penolong Pegawai Farmasi

Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :

  1. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred 6/C) dalam:
    1. Bahasa Melayu;
    2. Matematik;
    3. Biologi
    4. Kimia; dan
    5. Bahasa Inggeris; serta
  2. Lulus (sekurang-kurangnya Gred 8/E) dalam satu (1) subjek lain.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Farmasi

Seorang Penolong Pegawai Farmasi adalah bertanggungjawab:

  • Sebelum gedung ubat dibuka untuk perkhidmatan, Pembantu Farmasi memastikan kebersihan gedung ubat, khasnya di kaunter gedung ubat, kebersihan gelas-gelas sukatan dan semua alatan.
  • Memeriksa dan memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil,losen untuk penyediaan perkhidmatan di hari itu.
  • Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.
  • Membekal campuran, losen dan ‘ointments’ kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.
  • Membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil.
  • Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, ‘ointments’ dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.
  • Menjalankan kerja di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.

Pengambilan Penolong Pegawai Farmasi Bagi Sesi Julai 2025

Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA bertarikh 04 Februari 2025, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Penolong Pegawai Farmasi bagi kemasukan sesi Julai 2025 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 100 tempat.

Ini peluang baik untuk korang! Segera mohon jawatan Penolong Pegawai Farmasi ini di laman SPA9 secara online. Kami doakan korang berjaya!

Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2025

1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-semenanjung

2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah

3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Latihan Separa Perubatan? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan adalah:

Rujukan Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Farmasi

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa ringgit saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah gila sampai tak boleh nak bawa bincang!

Rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Farmasi).

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan Ni?

Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main Genshin Impact

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

5) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!

Korang patut miliki segera panduan Simulasi Temuduga Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Farmasi.

Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Julai 2025

SPA masih belum mengeluarkan penjadualan ujian psikometrik untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi sesi Julai 2025. Tarikh terkini yang dijadualkan masih lagi di peringkat perbincangan.

Rujukan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Farmasi

Adakah korang terpilih menduduki ujian psikometrik Penolong Pegawai Farmasi kali ini?

Bagi korang yg masih lagi belum bersedia, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.

Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Ini merupakan rujukan umum. Namun, rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik SPA termasuklah ujian psikometrik Penolong Pegawai Farmasi ini.

Peringatan: Adalah lebih baik korang hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Farmasi

Atau,

Bagi korang yang belum gaji, duit tinggal puluh-puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah kaw-kaw!

Penutup

Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Penolong Pegawai Farmasi. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan bertaraf diploma, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Leave a Comment

error: Content is protected !!