Latihan Separa Perubatan Juruteknologi Pergigian adalah salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM. Jom kenali kerjaya separa perubatan ini..
Isi Kandungan
Apa itu Juruteknologi Pergigian?
First of all, kerjaya ini bukan Jururawat Pergigian atau Juruterapi Pergigian. Memang ada kaitan tetapi tidak sama. Kerjaya ini bukan yang cabut gigi tu.
Juruteknologi Pergigian memerlukan ketangkasan tangan yang baik (good manual dexterity) dan berkebolehan memperbaiki peralatan elektronik dan elektrik.
Ia lebih kepada seseorang yang menyedia, membaiki, menyelenggara dan mengurus peralatan/bahan pergigian.
Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima emel panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.
Tak faham lagi kan? OKay kita ambil kes Veneer.
Veneer bukan nama orang yer. Veneer adalah lapisan nipis bahan pergigian yang dilekatkan kepada permukaan hadapan gigi. Ini adalah satu cara yang melibatkan pengasahan gigi yang sangat minimal (konservatif) untuk memperbaiki, mencantikkan gigi atau melindungi permukaan gigi yang telah rosak.
Terdapat dua jenis bahan pergigian yang digunakan untuk membuat veneer, iaitu bahan tampalan komposit dan porselin pergigian.
Veneer komposit dibuat secara terus kepada permukaan gigi di dalam klinik pergigian, sementara veneer porselin di buat oleh Juruteknologi Pergigian di makmal pergigian.
Sejarah Kerjaya Juruteknologi Pergigian
Juruteknologi pergigian pada mulanya disebut sebagai mekanik pergigian. Pada waktu itu, dilatih di King Edward VII College, Singapura. Kursus bagi mekanik pergigian di Tanah Melayu telah dimulakan di Kolej Latihan Pergigian, Pulau Pinang pada tahun 1951.
Klasifikasi mekanik pergigian telah ditukarkan kepada juruteknik pergigian pada tahun 1959. Akhirnya kepada juruteknologi pergigian pada 1996 (yang mencerminkan peranannya yang sebenar).
Dalam KKM, juruteknologi pergigian tidak hanya berfungsi dalam makmal pergigian. Bahkan juga bertanggungjawab kepada aspek kejuruteraan biomedik dalam pengurusan peralatan pergigian.
Tidak seperti jururawat pergigian, juruteknologi pergigian boleh bekerja di sektor swasta. Sehingga tanggal 31 Disember 2016, terdapat sebanyak 1,855 juruteknologi pergigian di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 923 berkhidmat di KKM, manakala 119 lagi bertugas di fasiliti kerajaan yang lain dan 813 orang berkerja di sektor swasta.
Maklumat Latihan Separa Perubatan Juruteknologi Pergigian
Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun
Tempat Latihan Juruteknologi Pergigian:
Institut Latihan KKM Georgetown (Pergigian)
Kelayakan Minimum Latihan Juruteknologi Pergigian
Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :
Kepujian (6C) dalam:
- Bahasa Melayu;
- Matematik;
- Biologi;
- Kimia atau fizik;
- Bahasa Inggeris
Deskripsi Tugas Juruteknologi Pergigian
Seorang Juruteknologi Pergigian adalah bertanggungjawab merangka, memproses dan menghasilkan aplians prostetik, ortodonik, maksilofasial dan restoratif berdasarkan prosedur amalan pergigian yang unggul mengikut jenis bahan akrilik, logam, seramik dan komposit mencukupi aplians berikut:
Prostetik
- Dentur Penuh
- Dentur Sebahagian
Konservatif
- Korona
- Inlai
- Onlai
- Jambatan (Bridge)
Ortodontik
- Aplians Boleh Tanggal
- Aplians Fungsi
- Komponen-komponen Aplians Tetap
Maksilofasial
- Obturator
- Splin
Memperbaiki dan mengubahsuai Aplians kes-kes berikut:
- Aplians Terfraktur (Fractured Applainces)
- Penambahan Unit Aplians
- Lapis Semula (Relining)
- Landas Semula (Rebasing)
- Mereplika dentur penuh
Merekabentuk Aplians
- Merangka bersama-sama dengan Pegawai Pergigian dan/atau Pakar Pergigian di dalam surgeri secara terus mengenai pembuatan kes-kes aplians kepada pesakit tertentu.
Menyelenggara dan memperbaiki kelengkapan pergigian
- Menyelenggara kelengkapan pergigian sesuai dengan prinsip penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance).
- Memperbaiki kelengkapan pergigian yang rosak.
- Melaksana pemasangan kelengkapan pergigian.
Pengurusan (Kelengkapan Pergigian)
- Mengurus penyelnggaraan dan pembaikan kelengkapan yang tidak boleh dilaksanakan oleh Juruteknik Pergigian yang memerlukan kepakaran swasta.
- Menyelia pemasangan kelengkapan pergigian.
- Menilai kelengkapan pergigian untuk menentukan ‘cost effective’
- Memberi tunjuk ajar di dalam pengendalian kelengkapan pergigian.
- Memberi khidmat nasihat teknikal.
Stor
- Menilai dan menguji bahan pergigian untuk menentukan ‘cost effective’.
- Mengurus perolehan kelengkapan dan bahan untuk memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.
Pengambilan Juruteknologi Pergigian Bagi Tahun 2024
Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA bertarikh 21 Disember 2023, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Juruteknologi Pergigian bagi kemasukan sesi Julai 2024 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 50 tempat.
Ini peluang baik untuk korang. Segera mohon jawatan Juruteknologi Pergigian ini di laman SPA9 secara online. Kami doakan korang berjaya!
Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024
1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
TARIKH TEMU DUGA : 21 APRIL 2024 – 26 APRIL 2024
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/online/jad_td/jadual_temuduga_sp.php/calon-semenanjung/
2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
TARIKH TEMU DUGA : 22 APRIL 2024 – 3 MEI 2024
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah
3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
TARIKH TEMU DUGA : 22 APRIL 2024 – 26 APRIL 2024
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan
Dah bersedia untuk temuduga jawatan Latihan Separa Perubatan? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan adalah:
Rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma).
Atau pun,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan Ni?
Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan Juruteknologi Pergigian ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main COC
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
5) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
Pertama, rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Kedua, tiada pengeposan barang berlaku. Ketiga, rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun kesemua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!
Korang patut miliki segera panduan Simulasi Temuduga Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.
Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
PSEE Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
SPA masih belum mengeluarkan penjadualan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi tahun ini. Dan Latihan Juruteknologi Pergigian ini adalah salah satu daripada Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Rujukan Khas Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Bagi korang yg belum bersedia, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.
Nota: Untuk PSEE Sesi tahun ini, rujukan exam separa perubatan versi 2020 yg dicadangkan ini boleh korang gunakan. Ianya sesuai.
Jangan bimbang, Tim Infokerjaya (pengeluar rujukan ini) dah semak dan dah buat double check beberapa kali. Ternyata rujukan versi 2020 ini masih valid dan masih sesuai untuk dijadikan rujukan exam sesi tahun ini!
Penutup
Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Juruteknologi Pergigian. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan bertaraf diploma, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.