Latihan Separa Perubatan Juruterapi Pergigian

Latihan Separa Perubatan Juruterapi Pergigian adalah salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM. Jom kenali kerjaya ini..

Latihan Separa Perubatan Juruterapi Pergigian

Apa Itu Juruterapi Pergigian?

Amanina : Mak.. cantiknya misi tu. Besar nanti Nina pun nak jadi misi juga la.
Mak : Misi itu dipanggil Juruterapi Pergigian. Nina suka ek?
Amanina : Suka mak. Cantik dan baik. Cakap pun lemah lembut jer.

Panggilan misi, nurse, staff nurse dan misi gigi. Kesemua itu sebenarnya merujuk kepada satu jawatan sahaja iaitu Juruterapi Pergigian.

Sebelum dikenali sebagai Juruterapi Pergigian, jawatan ini dipanggil sebagai Jururawat Pergigian. Juruterapi Pergigian adalah srikandi yang besar sumbangan dan jasanya dalam mempertingkatkan kesihatan gigi dan mulut masyarakat.

Nota penting: Untuk korang yang baru saja dipanggil ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung) Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.

Mereka inilah yang datang ke sekolah memberi rawatan pergigian dan mengajar kita cara memberus gigi dengan betul sewaktu kita di tadika, prasekolah dan sekolah rendah.

Sehingga kini, srikandi-srikandi ini masih meneruskan khidmat pergigian kepada anak-anak kita dan selanjutnya generasi Malaysia yang akan datang.

Hanya ada sebuah sekolah di Malaysia untuk melatih Juruterapi Pergigian ditubuhkan iaitu di Pulau Pinang. Keluaran pertama adalah seramai 14 orang anggota sahaja pada tahun 1950. Mereka pada asalnya adalah jururawat dalam bidang perubatan.

Sekolah latihan di Pulau Pinang ini telah dinaiktaraf kepada Kolej Latihan Pergigian Malaysia pada 2003 dan kini dikenali sebagai Institut Latihan KKM Georgetown (Pergigian). Pada setiap tahun kira-kira 150 orang diambil untuk dilatih menjadi Jururawat Pergigian. Kini terdapat lebih daripada 2000 orang Juruterapi Pergigian di seluruh Malaysia.

Antara tanggungjawab seorang Juruterapi Pergigian adalah memberi perkhidmatan kesihatan oral kepada toddler, kanak-kanak tadika, sekolah dan kanak-kanak istimewa. Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian sekiranya diperlukan.

Selain itu, melakukan pembersihan gigi termasuk prosedur penskaleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan rawatan. Menyediakan kaviti dan membuat tampalan. Melakukan cabutan gigi serta mengawalan pendarahan selepas cabutan dan rawatan lain mengikut arahan.

Bukan itu saja, Juruterapi Pergigian juga melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan, menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.

Hampir semua kanak-kanak seawal usia kelahiran sehingga peringkat sekolah rendah mendapat kemudahan perkhidmatan pergigian adalah kerana jasa Juruterapi-juruterapi Pergigian ini. Demi memberikan perkhidmatan terbaik dan memastikan kesihatan oral di tahap yang optimum, ada juga di kalangan Juruterapi Pergigian yang terpaksa meredah sungai, bermalam sehingga 5 hari di kawasan pedalaman dan melayan pelbagai ragam kanak-kanak dengan penuh kesabaran.

Kerjaya Juruterapi Pergigian tidak hanya terhenti kepada memberi rawatan terhadap pesakit sahaja. Juruterapi Pergigian yang berkelayakan boleh memohon untuk kenaikan pangkat kepada Gred yang lebih tinggi dan juga boleh bekerja di Klinik Pergigian Pakar serta menjadi tenaga pengajar di Kolej Latihan Pergigian Malaysia.

Sumber: Diolah daripada Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Sejarah Kerjaya Juruterapi Pergigian

Kekurangan profesional pergigian untuk memenuhi keperluan rawatan pergigian bagi 50% penduduk (berusia di bawah 18 tahun) telah memberikan laluan kepada pewujudan skim jururawat pergigian dalam sistem perkhidmatan awam pada tahun 1948.

Skim jururawat pergigian ini mengambil contoh daripada New Zealand yang telah wujud dan berfungsi selama 25 tahun pada ketika itu. Pada tahun yang sama juga, perkhidmatan pergigian sekolah turut dilancarkan di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada tahun 1949, Sekolah Latihan Pergigian pertama telah ditubuhkan di dalam bangunan Hospital Besar Pulau Pinang dengan Pengarah pertamanya ialah Encik Charles F. Mummery. Kumpulan awal pelajar yg dipilih adalah daripada kalangan Jururawat Berdaftar Negeri dan dilatih dalam prosedur pengoperasian pergigian.

Tahun berikutnya iaitu pada 1950, menyaksikan pengijazahan kumpulan pertama 14 jururawat pergigian setelah selesai satu tahun kursus.

Dan sejak itu, sekolah Sekolah Latihan Pergigian Hospital Besar Pulau Pinang ini telah dikembangkan lagi dengan pewujudan latihan juruteknologi pergigian pada tahun 1951 dan latihan pembantu pembedahan pergigian pada tahun 1981.

Ia kini mempunyai kompleks sendiri yang dibuka secara rasmi pada tahun 1966, dan telah dinamakan semula sebagai Pusat Pergigian Kanak-Kanak dan Kolej Latihan Pergigian Malaysia. Semenjak 2003, sekolah ini telah secara rasmi dikenali sebagai Kolej Latihan Pergigian Malaysia.

Sekolah ini merupakan perintis dalam latihan kepada jururawat pergigian di rantau ini dan telah melatih jururawat pergigian dari negara-negara lain seperti Singapura, Brunei, Burma, Hong Kong dan Nigeria.

Pada asalnya, jururawat pergigian berperanan membantu pegawai pergigian dalam merawat pesakit dan mereka hanya memberikan rawatan klinikal asas kepada mereka yang berumur 12 tahun ke bawah. Namun, pada tahun 1977, julat umur yang boleh dirawat oleh jururawat pergigian telah dinaikkan kepada kanak-kanak berumur sehingga 17 tahun.

Jururawat pergigian juga menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dan pencegahan secara bersepadu. Sebagai ahli pasukan pergigian, jururawat pergigian kekal hingga ke hari ini di bawah seliaan pegawai pergigian.

Jururawat pergigian dilatih dan bekerja di sektor awam sahaja di mana piawaian serta kelayakannya dikawal oleh kerajaan. Di sektor awam, garis panduan praktikal, produktiviti sasaran, inisiatif penambahbaikan kualiti, pembelajaran berterusan, etika kerja dan tindakan tatatertib telah sedia ada wujud.

Polisi kerajaan yang sedia ada menunjukkan kerajaan akan terus melatih jururawat pergigian bersandarkan keperluan perkhidmatan. Keperluan jururawat pergigian kini, telah pun melebihi bekalan berikutan perkembangan kesihatan pergigian awam di KKM.

Pada peringkat permulaan iaitu pada tahun 1949, terdapat hanya lima orang jururawat pergigian. Sehingga 31 Disember 2017, terdapat sebanyak 2,836 jururawat pergigian di KKM.

Maklumat Latihan Separa Perubatan Juruterapi Pergigian

Nota: Sesi pengambilan Julai Sahaja. Maknanya, latihan Juruterapi Pergigian ini hanya ada pengambilan sekali sahaja dalam setahun.

Jantina: Lelaki dan Perempuan
Tempoh Latihan: 3 tahun

Tempat Latihan Juruterapi Pergigian:

Institut Latihan KKM Georgetown (Pergigian)

Kelayakan Minimum Latihan Juruterapi Pergigian

Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :

Kepujian (6C) dalam:

  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Biologi;
  • Kimia;
  • Bahasa Inggeris

Deskripsi Tugas Juruterapi Pergigian

Tugas-tugas Rawatan Pesakit

Am

  • Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua. Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.

Diagnosis

  • Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.

Profilaksis

  • Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan.

Restorasi

  • Menyedia kaviti dan membuat tempahan.
  • Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan
  • Rawatan lain mengikut arahan

Pendidikan Kesihatan Pergigian

  • Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan.
  • Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.

Kaunseling

  • Penjagaan kesihatan Oral.
  • Penjagaan di rumah (Home Care).

Kawalan Jangkitan

  • Kejururawatan Komuniti
  • Penyelidikan Sistem Kesihatan
  • Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.

Pentadbiran dan Pengurusan

  • Penyelenggaraan, keselamatan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.
  • Memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Pengambilan Juruterapi Pergigian Bagi Sesi Julai 2025

Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA bertarikh 04 Februari 2025, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Juruterapi Pergigian bagi kemasukan sesi Julai 2025 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 70 tempat.

Ini peluang baik untuk korang. Segera mohon jawatan Juruterapi Pergigian ini di laman SPA9 secara online. Kami doakan korang berjaya!

Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2025

1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-semenanjung

2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah

3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2025 (SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan

Dah bersedia untuk temuduga jawatan Latihan Separa Perubatan? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga Latihan Separa Perubatan adalah:

Rujukan Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Juruterapi Pergigian

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa ringgit saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah gila sampai tak boleh bawa bincang!

Rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma).

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan Ni?

Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main COC

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

5) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan Simulasi Temuduga Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!

Korang patut miliki segera panduan Simulasi Temuduga Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Julai 2025

SPA masih belum mengeluarkan penjadualan ujian psikometrik untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi sesi Julai 2025. Tarikh terkini yang dijadualkan masih di peringkat perbincangan.

Rujukan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Adakah korang terpilih menduduki ujian psikometrik Separa Perubatan kali ini?

Bagi korang yg belum bersedia lagi, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.

Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Juruterapi Pergigian. Ini merupakan rujukan umum. Namun, rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik SPA termasuklah ujian psikometrik Juruterapi Pergigian ini.

Peringatan: Adalah lebih baik korang hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruterapi Pergigian

Atau,

Bagi korang yang belum gaji, duit tinggal puluh-puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah kaw-kaw!

Penutup

Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Juruterapi Pergigian. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan bertaraf diploma, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Leave a Comment

error: Content is protected !!