Di Malaysia kita memiliki kursus atau latihan separa perubatan, yang mana ramai golongan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat memohon untuk menjadi pelajar bagi latihan separa perubatan ini kerana kelebihan-kelebihan yang ditawarkan. Sedikit perkongsian pengalaman belajar latihan separa perubatan akan di coretkan di sini.
Pasti ada di antara korang yang tertanya-tanya apa itu latihan separa perbuatan. Latihan separa perubatan merupakan salah satu latihan atau program yang di jalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berbentuk sebagai kursus bertaraf sijil atau diploma kepada calon yang memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Nota penting: Kepada korang yang baru saja menerima makluman panggilan ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 10 Oktober 2024 ini (untuk calon Sabah & Sarawak) dan pada 14 Oktober 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
Nota Penting: Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.
Untuk makluman semua, program ini menerima pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 17 tahun sehingga 25 tahun. Bukan itu sahaja, mereka yang mengikuti latihan separa perubatan ini juga bakal mendapat peluang menjadi pegawai kerajaan dalam bidang yang di tawarkan berdasarkan kursus yang mereka ikuti atau jalani.
Namun begitu, untuk memasuki latihan separa perubatan ini, mereka perlu melepasi proses tapisan melalui ujian psikometrik dan sesi temuduga oleh pihak SPA.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sudah berjaya melepasi ujian dan temuduga SPA dalam bidang separa perubatan dan kini telah menjadi salah satu pelajar latihan separa perubatan ini pasti berasa sangat gembira dan teruja.
Justeru itu, di sini akan dikongsikan serba sedikit tentang pengalaman pelajar yang sedang belajar atau telah tamat dalam bidang separa perubatan ini. Oleh itu, berikut merupakan pengalaman belajar latihan separa perubatan yg kami adaptasi daripada pengalaman beberapa bekas pelajar latihan separa perubatan.
Setiap orang memiliki rasa suka duka dalam pembelajaran, tidak terlepas juga bagi pelajar-pelajar latihan separa perubatan. Hal ini dikatakan demikian kerana, sebelum mereka berjaya mengharungi liku-liku dalam proses menjadi pelajar latihan separa perubatan ini, mereka perlu memohon di SPA atau lebih di kenali sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk menjalani peperiksaan dan juga temuduga.
Untuk pengetahuan semua, ada di antara mereka yang pada awalnya tidak mempunyai apa-apa niat untuk memohon belajar latihan separa perubatan ini. Namun, pengaruh yang baik daripada rakan-rakan ketika zaman sekolah telah membawa kepada niat untuk mencuba mempelajari sesuatu yang baharu.
Oleh itu, individu tersebut telah memohon SPA untuk belajar latihan separa perubatan. Rezeki yang tidak di sangka-sangka di mana ketika itu individu tersebut menerima emel atau panggilan untuk menghadiri temuduga bagi jawatan yang dipilih.
Perasaan berdebar, seronok dan teruja semuanya ada ketika menerima emel dan panggilan temuduga tersebut.
Pada hari temuduga latihan separa perubatan itu dilaksanakan perasaan berdebar itu sudah pasti di rasai dalam diri. Namun demi mengubah nasib dan menimba pengalaman baru, indivdu tersebut tetap kuatkan hati mengharungi temuduga berikut.
Pelbagai soalan di tanya sepanjang temuduga tersebut dilaksanakan dan segalanya berjalan dengan lancar. Perasaan gementar dan berdebar kian menghilang dan apa yang dinantikan adalah jawapan daripada sesi temuduga tersebut sama ada layak diterima atau pun tidak.
Kemudian, setelah tapisan pemilihan di buat, rezeki berpihak kepada individu tersebut di mana dia telah di pilih sebagai salah satu pelajar yang layak untuk belajar latihan separa perubatan.
Justeru, sepanjang belajar latihan separa perubatan ini, banyak pengalaman yang diperoleh bermula daripada hari di temuduga sehinggalah layak menjadi pelajar latihan separa perubatan.
Banyak benda yang di pelajari tentang perubatan sepanjang belajar latihan separa perubatan ini. Bukan itu sahaja, jika cemerlang dalam pengajian latihan separa perubatan ini pasti akan terpilih untuk berkhidmat dengan KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ini merupakan pengalaman seseorang individu yang diterima belajar dalam latihan separa perubatan. Pengalaman tersebut bermula daripada hari memohon, temuduga sehingga individu tersebut berjaya di terima belajar latihan separa perubatan.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba belajar latihan separa perubatan ini korang bolehlah mencuba dan mencari sesuatu pengalaman yang baru. Pengalaman belajar latihan separa perubatan ini harus di rasai bagi mereka yang ingin bekerja dalam bidang kesihatan ini kerana pengalaman sebegini tidak mudah untuk di dapati.
Oleh itu, diharapkan bagi mereka yang berminat untuk belajar latihan separa perubatan ini sentiasa memperolehi kejayaan.