Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan

Kali ini, kita akan melihat apakah syarat dan kelayakan yg diperlukan oleh korang untuk mengikuti latihan separa perubatan under KKM. Syarat kelayakan latihan separa perubatan untuk setiap kursus separa perubatan di KKKM tidak sama. Misalnya, kelayakan mengikuti latihan Juru X-Ray tidak sama dengan kelayakan mengikuti latihan Penolong Pegawai Perubatan. Korang boleh semak di bawah untuk memastikan kursus yang mana satu korang layak mohon..

Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan

Para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau SPM (V) adalah dipelawa untuk memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di portal SPA9 bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Graduan yg telah menamatkan Latihan Separa Perubatan adalah berpeluang ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Sebelum itu, bagi korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik latihan separa perubatan ambilan di KKM pada kali ini. Pastikan korang tidak sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di ujian psikometrik latihan separa perubatan.

Sementara itu, untuk yang terlibat dengan sesi temuduga latihan separa perubatan utk ambilan di KKM yg dijadualkan dalam masa terdekat ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga ni boleh korang baca di soalan temuduga latihan separa perubatan.

Pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan 2023

Pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan di KKM dibuat 2 kali setahun iaitu:

  • Pengambilan untuk kemasukan Januari 2023.
  • Pengambilan untuk kemasukan Julai 2023.

Jenis Latihan Separa Perubatan

Terdapat dua jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) iaitu:

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan : 3 Tahun)
  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan : 2 Tahun)

Syarat Kelayakan umum Latihan Separa Perubatan

A. Warganegara Malaysia;

B. Korang hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

C. Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);

D. Korang hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon, sila rujuk jenis-jenis Latihan Separa Perubatan di bawah.

Syarat kelayakan latihan Jururawat

Selain syarat kelayakan umum di atas, korang yang berminat untuk mengikuti latihan Jururawat hendaklah memiliki kelayakan akademik minimum di bawah:

  • Kepujian (6C) dalam:
  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
  • Dua (2) subjek lain; serta
  • Lulus (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris.

Syarat kelayakan latihan Penolong Pegawai Perubatan

Selain syarat kelayakan umum di atas, korang yang berminat untuk mengikuti latihan Penolong Pegawai Perubatan hendaklah memiliki kelayakan akademik minimum berikut:

  • Kepujian (6C) dalam:
  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Dua (2) subjek lain; dan
  • Kepujian (6C) dalam:
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia); atau
  • Fizik dengan syarat Lulus (7D) dalam Biologi; serta
  • Lulus (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris.

Syarat kelayakan latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Selain syarat kelayakan umum di atas, korang yang berminat untuk mengikuti latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran mesti memiliki kelayakan di bawah:

  • Kepujian (6C) dalam:
  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
  • Dua (2) subjek lain; serta
  • Lulus (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris.

Syarat kelayakan latihan Juru X-Ray

Selain syarat kelayakan umum di atas, korang yang berminat untuk mengikuti latihan Juru X-Ray hendaklah haruslah mempunyai kelayakan di bawah:

  • Kepujian (6C) dalam:
  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Biologi/Sains/Sains Gunaan);
  • Fizik;
  • Bahasa Inggeris; serta
  • Lulus (8E) dalam satu (1) subjek lain.

Syarat kelayakan latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Selain syarat kelayakan umum di atas, korang yang berminat untuk mengikuti latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi perlu ada kelayakan di bawah:

  • Kepujian (6C) dalam:
  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik);
  • Bahasa Inggeris; dan
  • Satu (1) subjek lain; serta
  • Lulus (8E) dalam satu (1) subjek lain.

Syarat kelayakan latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Selain syarat kelayakan umum di atas, korang yang berminat untuk mengikuti latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja hendaklah ada kelayakan akademik minimum ini:

  • Kepujian (6C) dalam:
  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik);
  • Bahasa Inggeris; dan
  • Satu (1) subjek lain; serta
  • Lulus (8E) dalam satu (1) subjek lain.

Syarat kelayakan latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

Selain syarat kelayakan umum di atas, korang yang berminat untuk mengikuti latihan Juruteknologi Makmal Perubatan hendaklah memiliki kelayakan di bawah:

  • Kepujian (6C) dalam:
  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
  • Dua (2) subjek lain; serta
  • Lulus (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris.

Syarat kelayakan latihan Penolong Pegawai Farmasi

Selain syarat kelayakan umum di atas, korang yang berminat untuk mengikuti latihan Penolong Pegawai Farmasi hendaklah memiliki kelayakan di bawah:

  • Kepujian (6C) dalam:
  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Biologi;
  • Kimia; dan
  • Bahasa Inggeris
  • Lulus (8E) dalam satu (1) subjek lain.

Syarat kelayakan latihan Juruteknologi Pergigian

Selain syarat kelayakan umum di atas, korang yang berminat untuk mengikuti latihan Juruteknologi Pergigian hendaklah memiliki kelayakan di bawah:

  • Kepujian (6C) dalam:
  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Biologi;
  • Kimia atau Fizik; dan
  • Bahasa Inggeris; serta
  • Lulus (8E) dalam satu (1) subjek lain.

Syarat kelayakan latihan Juruterapi Pergigian

Selain syarat kelayakan umum di atas, korang yang berminat untuk mengikuti latihan Juruterapi Pergigian hendaklah memiliki kelayakan di bawah:

  • Kepujian (6C) dalam:
  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Biologi;
  • Kimia; dan
  • Bahasa Inggeris; serta
  • Lulus (8E) dalam satu (1) subjek lain.

Syarat kelayakan latihan Pembantu Kesihatan Awam

Selain syarat kelayakan umum di atas, korang yang berminat untuk mengikuti latihan Pembantu Kesihatan Awam hendaklah memiliki kelayakan di bawah:

  • Kepujian (6C) dalam:
  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); serta
  • Lulus (7D) dalam:
  • Bahasa Inggeris; dan
  • Dua (2) subjek lain

Syarat kelayakan latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Selain syarat kelayakan umum di atas, korang yang berminat untuk mengikuti latihan Pembantu Pembedahan Pergigian hendaklah memiliki kelayakan di bawah:

  • Kepujian (6C) dalam:
  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); serta
  • Lulus (7D) dalam:
  • Bahasa Inggeris; dan
  • Dua (2) subjek lain

Itulah dia syarat dan kelayakan untuk mengikuti latihan separa perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Dah semak? Jadi, kursus yang mana satu korang layak mohon?

Leave a Comment

error: Content is protected !!