Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray

Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray merupakan salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM. Jom kenali kerjaya dalam kategori separa perubatan ini..

Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray

Apa itu Juru X-Ray?

Secara ringkas, Juru X-ray atau Radiographer (RG) adalah seorang anggota profesional kesihatan bersekutu yang menggunakan X-ray untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis seseorang pesakit. Juru X-ray menggunakan pelbagai jenis mesin X-ray untuk menghasilkan imej, antaranya ialah mesin radiografi am, imbasan CT, MRI dan fluoroskopi.

Nota Penting: Mohon perhatian kepada calon yang terlibat dengan sesi temuduga Juru X-Ray Gred U5 utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada 1 Dis 2025 – 3 Dis 2025 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh korang baca di contoh soalan temuduga Juru X-Ray ini.

Sebelum itu, bagi korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Juru X-Ray U5 ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 14 November 2025 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Juru X-Ray.

Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Ambilan Sesi Januari 2026 yg dijadualkan pada 3 Nov 2025 – 14 Nov 2025 ini (untuk calon Sabah) atau pada 9 Nov 2025 – 14 Nov 2025 ini (bagi calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga latihan separa perubatan.

Bagi korang yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 7 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 8 Oktober 2025 ini (untuk calon Sarawak). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Sementara itu, bagi korang yg berjaya dipanggil ke sesi temuduga Juru X-Ray (Diagnostik) U9 utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada kali ini. Tahniah diucapkan dan persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh korang baca di contoh soalan temuduga Juru X-Ray ini.

Jawatan Juru X-Ray terbahagi kepada dua iaitu Juru X-Ray Gred U29 dan Juru X-Ray Gred U41. Oleh kerana korang akan masuk ke Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray under KKM pada peringkat diploma. So selepas tamat belajar, korang akan dilantik ke jawatan Juru X-Ray Gred U29.

Sumber: Diolah daripada AlliedHealth, KKM

Tugas seorang Juru X-Ray adalah mendiagnosis penyakit. Dengan erti kata lain, menyiasat sama ada terdapat penyakit pada bahagian tubuh badan pesakit. Contohnya pada bahagian perut, dada dan kepala. Juga memeriksa sekiranya berlaku kepatahan terhadap anggota badan.

Bolehlah disimpulkan sinar X digunakan untuk mengesan keabnormalan yang terdapat di dalam tubuh badan pesakit. Kerja ini dilakukan mengikut mengikut arahan/permintaan dari doktor.

Cabang Bidang Dalam Kerjaya Juru X-Ray

Juru-ray dibahagikan kepada 2 bahagian atau kepakaran iaitu Pengimejan Perubatan dan Terapi. Implementasi adalah sama. Tetapi perlaksanaan kepada mesin adalah berbeza-beza.

Juru x-ray Pengimejan Perubatan

  • General x-ray
  • Fluoroskopi
  • X-ray Mudahalih
  • Angiografi
  • CT scan
  • Magnetic Resonance Imaging (MRI)
  • Mammografi

Juru x-ray Terapi

  • LINAC (linear accelarator)
  • Gamma Camera

Apa yang penting, pengamalan dan etika dalam mengendalikan alatan sinaran bagi memastikan pesakit yang didedahkan dengan Sinar X selamat.

Jenis-Jenis X-Ray atau Sinar-X

X-Ray atau Sinar X berbahaya kepada manusia kerana ia akan mematikan sel-sel di dalam badan. Disebabkan itu, X-Ray dibuat hanya bila benar-benar perlu sahaja.

Antara jenis X-Ray termasuklah:

1) General x-ray

General x-ray adalah modaliti yang paling umum dan semua pusat kesihatan dan hospital yang mempunyai jabatan radiologi mempunyai unit ini. Ia adalah alatan asas bagi sesebuah jabatan radiologi, ia mampu membuat pengimejan bagi bahagian Kepala, tulang belakang, abdomen, anggota atas badan dan anggota bawah badan.

2) Fluoroskopi

Modaliti fluoroskopi adalah modaliti yang hampir sama seperti general x-ray tetapi perbezaannya adalah ia adalah dynamic studies modalities. Ia dinamakan sedemikian kerana imej yang dilihat dan dirakam adalah imej on-time, dengan demikian pakar perubatan dapat membuat keputusan dan diagnosis dengan tepat tentang penyakit yang dihadapi oleh pesakit.

3) Mammografi,

Mamografi ialah pemeriksaan X-Ray ke atas payudara. Pemeriksaan ini dilakukan sebagai salah satu langkah pengesanan awal bagi kanser payudara.  Doktor yang merawat pesakit juga mungkin akan memohon pemeriksaan ini sekiranya pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit yang berkaitan dengan payudara seperti ketumbuhan (Lump), kesakitan payudara (breast pain), nipple discharge dan changes of the nipple.

4) Intravena Urography(IVU),

IVU adalah prosedur yang menggunakan Sinar-X dengan penggunaan agen kontras media bagi mengkaji serta melihat abnormaliti sistem pundi kencing. Ia memakan masa antara 45 minit hingga 1 jam, jika terdapat sebarang abnormaliti masa pemeriksaan boleh berlanjutan sehingga ke 4 jam. IVU adalah pemeriksaan yang selamat dan kerap kali dijalankan. Risikonya adalah alahan pada agen kontras media sahaja.

5) Magnectic Rensonance Imaging (MRI)

Magnetic Resonance Imaging (MRI) adalah modaliti yang tidak menggunakan X-Ray untuk menghasilkan imej, ia menggunakan medan magnet untuk menghasilkan imej, semasa pemeriksaan dijalankan pesakit akan merasai bunyi bising untuk berberapa minit bergantung kepada jenis pemeriksaan yang dijalankan.

Sebagai langkah penjagaan pesakit, sebelum memulakan pemeriksaan, telinga pesakit akan diletakkan dengan headphone bagi memastikan bunyi bising tidak terlalu kuat diterima oleh pesakit. Bagi pesakit seperti kanak-kanak dan orang tua serta yang takut masuk ke dalam terowong kecil, sedasi akan diberikan bagi memastikan semasa pemeriksaan dijalankan mereka tidak bergerak, sekiranya berlaku pergerakkan, pemeriksaan perlu diulang semula atau tidak dapat diteruskan.

6) Computer TOmmography (CT-scan)

CT-Scan adalah kombinasi berberapa siri X-Ray yang diambil dari berberapa siri angulasi dan imej yang diambil diproses di Komputer untuk menghasilkan imej badan manusia dalam bentuk keratan rentas, disamping itu ia juga dapat membezakan antara tulang tisu badan manusia.

Imej yang dihasilkan lebih berinformasi berbanding dengan X-Ray biasa, ini kerana imej yang dihasilkan boleh diubahsuai untuk menjadikan imej 3D. Ini menjadikan ia lebih sensitif kepada sebarang patalogi di dalam badan manusia.

7) Angiografi

Angiography (Angiografi) mempunyai persamaan dengan fluroskopi ia memberikan imej real time untuk di interpretasi. Pemeriksaan yang menggunakan alatan angiografi adalah pemeriksaan yang melibatkan pemeriksaan saluran darah seperti Angiografi cerebral (cerebral angiography), Angiografi coronari (coronary angiogram). ini kerana saluran darah mempunyai pergerakkan yang laju maka ia memerlukan mesin yang cekap dan pantas dalam merakam imej.

8) Ultrasound / Ultrabunyi

Ultrasound atau ultrabunyi adalah salah satu modaliti yang tidak menggunakan X-Ray untuk menghasilkan imej, organ di dalam badan kita mempunyai kepadatan (density). Bunyi yang dihasilkan oleh transducer Ultrasound akan terkena pada organ dalaman badan, organ yang lebih lembut akan menyerap lebih bunyi berbanding organ yang padat.

Oleh yang demikian, terdapat perbezaan pada imej yang dihasilkan, memandangkan ia tidak melibatkan X-Ray, ia selamat untuk digunakan untuk kes-kes sakit puan. Namun begitu pada masa sekarang, di kebanyakkan Pusat Perubatan, Pegawai Perubatan atau pakar Radiologi akan melakukan pemeriksaan ini.

Maklumat Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray

Jantina: Terbuka kepada lelaki dan perempuan
Tempoh Latihan: Selama 3 tahun

Tempat Latihan Juru X-Ray:

  1. Institut Latihan KKM Sungai Buloh
  2. Institut Latihan KKM Johor Bahru

Kelayakan Minimum Latihan Juru X-Ray

Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :

Kepujian (6C) dalam:

  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Biologi/Sains/Sains Gunaan);
  • Fizik; dan
  • Bahasa Inggeris

Deskripsi Tugas Juru X-Ray

Tugas seorang Juru X-Ray merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Tanggungjawab klinikal
  • Aspek pengurusan organisasi
  • Perlindungan sinaran terhadap pesakit, orang awam dan staf.
  • Memastikan kualiti selaras dengan garis panduan MS ISO 9002.
  • Pendidikan dan latihan
  • Teknologi terkini :
  1. Pengimejan diagnostik dengan menggunakan sinaran mengion/tidak mengion, medan magnet, ultrabunyi dan denyutan elektronik (digital).
  2. Rawatan dengan penggunaan sinaran mengion.

Iklan Pengambilan Juru X-Ray (Pengimejan Perubatan) Dan Juru X-Ray (Terapi) Bagi Sesi Oktober 2026

SPA baru sahaja mengumumkan iklan latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil bagi ambilan sesi Oktober tahun 2026 pada 25 Febuari 2026 lepas.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 03 Mac 2026, Hari Selasa, Jam11.59 malam.

Berdasarkan iklan berkenaan, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil sesi Oktober 2026 secara keseluruhan ialah sebanyak 3 335 tempat.

Iklan permohonan Latihan Separa Perubatan Sesi Oktober 2026

Berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA ini, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Juru X-Ray (Pengimejan Perubatan) bagi kemasukan sesi Oktober 2026 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 115 tempat. Dengan calon simpanan seramai 20 tempat.

Manakala, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan Juru X-Ray (Terapi) bagi kemasukan sesi Oktober 2026 di Intitut Latihan KKM adalah sebanyak 20 tempat. Dengan calon simpanan seramai 6 tempat.

Ini peluang baik untuk korang! Segera mohon jawatan Juru X-Ray (Pengimejan Perubatan) ini di laman SPA9 secara online. Kami doakan korang berjaya!

Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Oktober 2026

1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI OKTOBER 2026 (SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-semenanjung

2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI OKTOBER 2026 (SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah

3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI OKTOBER 2026 (SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan

Sudah dapat surat panggilan temuduga Latihan Separa Perubatan? Tahniah!

Tapi jangan biarkan peluang ni berlalu macam tu je. Ramai calon gagal bukan sebab tak layak, tapi sebab tak tahu apa yang panel nak dengar, tak tahu cara susun fail, dan gugup bila disoal.

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan oleh AtokPencen.com ini disusun khas untuk bantu korang bersedia dari A sampai Z dengan skrip jawapan, contoh soalan sebenar, checklist dokumen, teknik komunikasi, dan bonus latihan keyakinan.

Dengan harga promosi RM11, korang akan dapat lebih 60 muka surat panduan padat, praktikal dan mudah faham.

Kalau korang betul-betul nak lulus, ini pelaburan paling bijak untuk masa depan. Klik di bawah untuk tempah sekarang dan mula bersedia hari ini!

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan

Rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray).

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan Ni?

Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main Genshin Impact

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

5) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni murah giler. Sekarang ni cuma RM11 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM11 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan dihantarkan email mengandungi fail panduan selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Biasanya 24 jam (maksimum), tapi selalunya lebih cepat daripada itu.

Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga separa perubatan!

Korang patut miliki segera panduan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray.

Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Oktober 2026

SPA masih belum mengeluarkan penjadualan ujian psikometrik untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi sesi Oktober 2026. Tarikh terkini yang dijadualkan masih lagi di peringkat perbincangan.

Rujukan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray

Adakah korang terpilih menduduki ujian psikometrik Juru X-Ray kali ini?

Bagi korang yg masih lagi belum bersedia, rujukan khas di bawah boleh membantu dalam persiapan korang.

Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Juru X-Ray. Ini merupakan rujukan umum. Namun, rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan termasuklah ujian psikometrik Juru X-Ray ini.

Peringatan: Adalah lebih baik korang hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray

Penutup

Demikian perkongsian kali ini iaitu mengenai Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray. Untuk lagi 11 latihan separa perubatan bertaraf diploma, korang boleh rujuk senarai penuh di Latihan Separa Perubatan Di Kementerian Kesihatan Malaysia.

3 thoughts on “Latihan Separa Perubatan Juru X-Ray”

    • Saya nak apply latihan juru X-ray,sgt minat subject ni.Just tamat peperikasaan SPM dan tak da experience untuk kerja.

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!